( PACAT )
Rumah ana kat kampung dulu-dulu sebelum ada air paip..kami sekeluarga mandi-manda kat perigi yang terletak di luar rumah ..satu pagi tu setelah ana mandi untuk ke sekolah…semasa ana sedang solat subuh ana terasa kat bawah lidah ana semacam bengkak..lalu ana main-main dengan lidah dan telan air liur yang berlendir-lendir tu..selesai solat ana rasa bengkak tu semakin membesar..lalu ana lihat di cermin ….eeeeiii…uweeek….geliiiii…seekor pacat hampir sebesar kelinking bayi sedang menghisap darah di bawah lidah ana..
[nilai moral. Berwaspadalah selalu…bahaya ada di mana-mana ]
Heyyy...Happp...Hauuu...kamu datang dari mana..aku datang dari kalimah
( لا اله الا الله)
Pufffff...Hembuskan kearah musuh..pasti dia akan lumpuh terpacak kat depan kita...tapi kalau dia tak lumpuh juga...lariiii...itu je..
.[Arwah atok ana yang ajau doa ni..dia amal memang menjadi...pernah satu ketika dulu-dulu.. zaman ayah ana masih menjadi tauke besau..ramai musuh..satu petang tu ada dua orang pembunuh upahan telah datang untuk membunuh ayah ana..tapi atok ana sempat hembuskan doa tu..terus dua orang tu terpacak kat depan rumah tak boleh buat apa-apa ]
Cerita guru saya dalam kuliah maghribnya :
Ada seorang lelaki yang telah lama berkahwin tetapi belum mendapat zuriat.lalu dia bernazar kalau nanti dia mendapat zuriat maka anaknya akan diberikan kepada ‘BAPA SYAITAN’.tidak berapa lama selepas tu isterinyapun mengandung dan melahirkan anak.setelah anak tu lahir maka gembiralah lelaki tersebut,tapi selepas tu anak dia selalu menangis sepanjang masa.lalu dia teringatkan nazarnya sebelum ini untuk memberikan anak sulungnya itu kepada bapa syaitan…masalahnya dia tidak kenal siapakah bapa syaitan tu.lalu dia pergi bertanyakan(* Rasulullah saw..kalau tak silap ana dengar..ana tak pasti kitab apa yang guru ana baca tu )tentang identity bapa syaitan tu.lalu rasulullah saw memberitahu beliau bahawa bapa syaitan adalah seorang lelaki yang pertama keluar dari masjid setelah solat jum’at.apabila tiba hari jum’at lelaki tu pun tunggulah di depan pintu masjid dan jumpalah dia dengan bapa syaitan tu lalu diberi anaknya kepada bapa syaitan tersebut.
(( cerita ni telah ana ceritakan dalam siri tazkirah ana kat surau selepas maghrib…masalahnya ia telah menimbulkan kerisauan di kalangan ahli jamaah surau..betulke apa yang ana cerita tu..mereka telah bertanyakan ustaz lain tentang cerita ana tu..ustaz tu Tanya ana balik..ana jawab tak pasti cerita tu betul ke..tidak ke..tapi gitu le yang ana dengar…astaghfirullahhulazimmm..taubat..taubat mungkin ana telah ajau ilmu sesat kat surau tu))
siri5 perkara pelik tapi benar
Nak jimat petrol punya pasal nyawa ana sekeluarga hampir melayang,
peristiwa ni berlaku pada tahun 1998 yang lalu..iaitu tahun kedua ana kerja kat Melaka ana selalu balik ke rumah ayah ana kat hulu Langat Selangor..satu hari ketika ana sedang memandu WDS 6875 menuruni bukit yang tinggi selepas empangan semenyih [jalan pintas] ana telah matikan enjin kereta kononnya untuk jimatkan petrol..peringkat awalnya ok je..tetapi bila sampai kat selekoh..aaggghhh..stering terkunci tak boleh koner..sedangkan kerete tengah laju menuruni bukit tu… ana tekan brek kuat-kuat..tarik hand brek habis-habisan..sreeet..kereta ana betul-betul berhenti depan cerun yang beratus meter dalamnya…huuhhh selamat..selamat…ana taubat tak buat lagi cam tu.
[Nilai moral : ukur baju di badan sendiri..kalau tak mampu isi minyak..tak yah le pakai keta..naik bas je ]
“Memerang jantan … memerang betina…memerang datang dari lubuk rindu..kerpak..kerpok..patah tulang” .[tiup jampi ke dalam secawan air dan bagi orang yang tercekik tulang tu minum]
*** jampi ini ana belajau dari seorang nenek tua dari utara tanah air….katanya kenapa kita mesti menyeru nama memerang tu .kerana memerang ni hari-hari makan ikan..tapi mereka tak pernah sekalipun mengadu kat kita yang mereka pernah tercekik tulang ….ya tak ya juga….. tapi ana tak amal jampi ni..ana takut syirik.
siri 4 perkara pelik tetapi benar
Ana selaku imam 2 surau taman TBI selalu memberi tazkirah kepada ahli jemaah surau setiap hari selepas solat maghrib.ana selalu suruh mereka supaya selalu berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan...dan hasilnya pada tahun 2008 yang lalu ada seorang kawan ana telah membayar bil TNB surau selama setahun penuh alhamdulillah ganjarannya pada akhir tahun itu dia telah dimurahkan razeki oleh Allah dan dia dapat membeli TOYOTA CAMRY baru RM 150,000..ana tergoda dengan apa yng telah diperolehinya, lalu pada tahun 2009 ini ana pula telah sanggup untuk membayar bil TNB surau tu selama setahun juga..dan hasilnya...pada bulan julai yang lalu Allah telah membalas pengorbanan ana itu dengan menganugrahkan sebuah motorsikal modenas GT128...canggih manggih..motor tu boleh bertukar menjadi Robot Transformers bila terdesak seperti ketika dikejar polis..betullll..tak tipu...kalau tak cayo..lihat blog modenas tu. http://www.modenas.com.my/
[ Nilai moral : Buat baik berkali-kali...buat jahat tak payah le walaupun sekali.]
ana mula menjadi pembunuh sejak di usia kanak-kanak lagi..mangsa pertama yang ana bunuh ialah mat kedidi..kemudian mek murai...selepas tu abang punai dan berbagai nama lagi sehinggakan tak terkira...ana masih ingat lagi sebaik sahaja tembakan pertama ana mengenai mat kedidi lalu ia jatuh terkulai...pada masa tu hati ana berdetup-detap..gembira..takut..suka..sedih..bercampur-campur..tak tahu nak cakap apa.. sejak berjaya membunuh mangsa pertama itu,maka selepas itu ana terus menjadi pembunuh yang hebat dan digeruni di kalangan kawan dan lawan...kehebatan ana dalam aktiviti pembunuhan ini sehinggakan ana boleh mumbunuh musuh dalam pelbagai keadaan..musuh sedang terbang di udara..musuh merayap dalam semak..bertenggek atas pokok..menyorok belakang rumah..semuanya sekali ana tembak terus terkulai..darah merah terus mengalir keluar melalui hidung dan telinga...itulah ana .LASTIKMAN..
Ana mula bersara dari aktiviti membunuh setelah ana kalah dalam pertandingan menembak yang telah diadakan di sekolah kebangsaan telosan pasir puteh kelantan sekitar tahun 1984 yang lalu.dalam pertadingan itu ana hanya berjaya menembak 2 tin susu daripada tiga tin susu yang digantung...kekalahan itu menjadikan ana kecewa dan malu lalu ana terus meninggalkan bidang pembunuhan.
[ Nilai Moral : Jangan jadi Penzalim...haiwan halal dibunuh jika utk dimakan]
Alhamdulillah... semenjak dua menjak ni ana akan dapat khatam beberapa kali dalam setahun.....lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan...apo yang ana nak kongsikan kat sini ialah membaca al-quran dengan ikhlas 101 % boleh menghilangkan lapau dan dahago semasa berposa...tak cayo..cubo le sendiri..
[ Nilai moral : Buat sesuatu bior le ikhlas 101 % ....ingat ....bacaan al-quran dan zikir adalah makanan orang mukmin semasa serangan Dajjal dan Yakjuj Makjuj nanti ]
Eeeeeiii..kesiannya cicak tersepit..putus dua
Peristiwa ni berlaku pada tahun 1999 yang lalu, iaitu semasa ana hendak balik dari sekolah ada seekor cicak tersepit kat pintu kereta ana..ana bior jo cicak tu kat situ sampailah ana sampai kat rumah ana..apabila ana buka pintu kereta ana dapati cicak itu putus dua.....sedihnya hati ana kerana membiarkan dio tersiksa begitu lama...dalam hati ana mula rungsing mungkin cicak tu telah berdoa kepada Allah untuk membalas dendam atas perbuatan ana yang zalim itu.....rupa-rupanyo apo yang ana risaukan itu betul-betul terjadi....iaitu lebih kurang sejam selepas itu jari anak ana yang kecil pula tersepit kat pintu yang sama..
[ Nilai moral : jangan menzalimi binatang...cicak memang sunat dibunuh...tetapi menyiksanya tetap satu dosa...balasannya tunai kat dunia ni lagi]
Ana bukan wali...bukan magic..bukan sufi....tetapi apo yang ana impikan selalunyo menjadi kenyataan...buktinya
cerita1.
Semasa ana di tingkatan 3 zaman sekolah dulu-dulu..ada le cikit-cikit terlibat dengan cinta mawas..satu hari tu rindu sangat nak jumpa sidia tu...lalu ana berkata dalam hati...kalaulah berlaku kemalangan kat depan rumahnya pasti dia keluar dan dapat le kami bertentang mato.[.itu jo...tak lebih dari tu ].lima minit selepastu berlaku betul apa yang ana impikan...berdebooom...kesian orang yang terlibat tu...dia pula yang menjadi mangsa....Allahuakbar...ana pun tak tahu impian ana tu ditunaikan oleh Allah atau oleh syaitan.
[ nilai moral : Bersangka baiklah selalu..hadis qudsi..ana inda zanni abdi bi..aku bersama sangkaan hambaku..]
Pada tahun 1991 yang lalu semasa saya sedang belajar dalam kuliah di universiti al-Azhar Mesir,ada 2 orang pensyarah yang tanpa disedari telah saya mempertikaikan kewibawaan mereka untuk mengajar saya....pensyarah pertama cacat matanya ,semasa sedang mengajar dia terpaksa melihat buku dengan meletakkan buku tersebut dekat dengan mukanya...dalam hati saya berkata...kalau dah tak nampak tu tak payah le bersusah payah mengajar kami....manakala pensyarah yang kedua pula ialah dia mengajar ilmu akhlak.tetapi semasa mengajar dia duduk atas meja..tepuk meja..suara bising...maka dalam hati saya berkata beliau tidak layak untuk mengajar kami ilmu akhlak....hasilnya... saya telah gagal dua mata pelajaran yang diajar oleh kedua pensyarah tersebut pada tahun 2 dan tahun 3.....tetapi setelah kedua pensyarah itu keluar dari universiti Al-azhar maka dua mata pelajaran tersebut saya telah lulus dengan pangkat Jayyid dan Mumtaz..alhamdulillah
[ Nilai moral : Jangan durhaka kepada guru dan jangan mempertikaikan kewibawaan mereka. ]