10 September 2009

Pada tahun 1991 yang lalu semasa saya sedang belajar dalam kuliah di universiti al-Azhar Mesir,ada 2 orang pensyarah yang tanpa disedari telah saya mempertikaikan kewibawaan mereka untuk mengajar saya....pensyarah pertama cacat matanya ,semasa sedang mengajar dia terpaksa melihat buku dengan meletakkan buku tersebut dekat dengan mukanya...dalam hati saya berkata...kalau dah tak nampak tu tak payah le bersusah payah mengajar kami....manakala pensyarah yang kedua pula ialah dia mengajar ilmu akhlak.tetapi semasa mengajar dia duduk atas meja..tepuk meja..suara bising...maka dalam hati saya berkata beliau tidak layak untuk mengajar kami ilmu akhlak....hasilnya... saya telah gagal dua mata pelajaran yang diajar oleh kedua pensyarah tersebut pada tahun 2 dan tahun 3.....tetapi setelah kedua pensyarah itu keluar dari universiti Al-azhar maka dua mata pelajaran tersebut saya telah lulus dengan pangkat Jayyid dan Mumtaz..alhamdulillah
[ Nilai moral : Jangan durhaka kepada guru dan jangan mempertikaikan kewibawaan mereka. ]

0 Comments:

Post a Comment