siri5 perkara pelik tapi benar
Nak jimat petrol punya pasal nyawa ana sekeluarga hampir melayang,
peristiwa ni berlaku pada tahun 1998 yang lalu..iaitu tahun kedua ana kerja kat Melaka ana selalu balik ke rumah ayah ana kat hulu Langat Selangor..satu hari ketika ana sedang memandu WDS 6875 menuruni bukit yang tinggi selepas empangan semenyih [jalan pintas] ana telah matikan enjin kereta kononnya untuk jimatkan petrol..peringkat awalnya ok je..tetapi bila sampai kat selekoh..aaggghhh..stering terkunci tak boleh koner..sedangkan kerete tengah laju menuruni bukit tu… ana tekan brek kuat-kuat..tarik hand brek habis-habisan..sreeet..kereta ana betul-betul berhenti depan cerun yang beratus meter dalamnya…huuhhh selamat..selamat…ana taubat tak buat lagi cam tu.
[Nilai moral : ukur baju di badan sendiri..kalau tak mampu isi minyak..tak yah le pakai keta..naik bas je ]