30 Oktober 2009

Si Sopak …Si Botak …Si Buta





Hayatilah catatan di bawah dengan seikhlas hatimu kemudian sama-samalah kita mengukur diri kita masing-masing, dengan siapakah kita sama. adakah kita sama dengan Si Sopak-Si Botak atau Si Buta .

Ada tiga orang daripada Bani Israel Si Sopak, Si Botak dan Si Buta.satu hari Allah hendak menguji mereka bertiga, lalu Allah mengutuskan seorang Malaikat kepada mereka. Mula-mulanya Malaikat itu pergi kepada Si Sopak.
Malaikat :Apakah yang engkau impikan?
Si Sopak: Warna kulit yang cantik supaya orang ramai tidak lagi memandang jijik kepadaku.
Lalu Malaikat itupun menyapu badan si Sopak dengan tangannya dan Si Sopak itu berubah serta merta menjadi lelaki kacak sebagaimana yang diimpikannya.
Malaikat:Harta apakah yang engkau suka?
Si Sopak: Unta.
Lalu malaikat mendatangkan kepadanya seekor unta bunting.
Malaikat: Semoga Allah memberkati hidupmu dengan unta itu.
Kemudia Malaikat mendatangi Si Botak.
Malaikat; Apakah yang engkau impikan?
Si Botak: Rambut yang cantik supaya orang ramai tidak lagi memandang buruk kepadaku.
Lalu Malaikatpu menyapu kepala Si Botak, rambutnya tumbuh serta-merta.
Malaikat:Harta apakah yang engkau impikan?
Si Botak :Lembu.
Lalu malaikat mendatangkan kepadanya seekor ibu lembu bunting.
Malaikat;Semoga Allah memberkati hidupmu dengannya.
Kemudian Malaikat mendatangi Si Buta
Malaikat: Apakah yang engkau impikan?
Si Buta: Aku imginkan supaya Allah mengembalikan pandangan mataku supaya aku boleh melihat manusia.
Lalu Malaikat menyapu mata Si Buta dan serta merta dia boleh melihat.
Malaikat; Harta apakah yang engkau impikan/
Si Buta : Kambing.
Lalu Malaikat mendatangkan kepadanya seekor ibu kambing dan mendoakan keberkatan kepadanya.
Setelah beberapa lama maka ternakan ketiga-tiga mereka membiak dengan banyaknya.dan kemudian sekali lagi Malaikat datang kepada mereka,tetapi kali ini datangnya dengan rupa sepertimana keadaan mereka bertiga itu dahulu, iaitu Si Sopak,Si Botak dan Si Buta
Malaikat mendatangi Si Sopak dengan menyamar dirinya menjadi sepertimana Si Sopak tu dahulu,
 Malaikat : Tolonglah aku, aku adalah seorang lelaki miskin yang terkandas dalam perjalanan, berilah beberapa ekor unta kepadaku, hanya dengan bantuan mu itu insayaallah aku akan dapat meneruskan perjalanan.
Si Sopak: Tak boleh..Tanggungjawab saya banyak.
Malaikat :Seolah-olah saya mengenal kamu.tidakkah dahulu kamu adalah seorang lelaki miskin yang sopak dan hina, kemudian Allah berikan kamu kulit yang cantik dan unta yang berkembang biak.
Si Sopak :Bukanlah ..engkau silap..semua harta ini aku warisinya dari keturunanku.
Malaikat:Jika kamu berbohong maka Allah akan kembalikan kamu kepada sopak dan miskin hina.
Kemudian Malaikat mendatangi pula Si Botak, maka jawapannya sama sepertimana jawapan si Sopak. Setelah itu Malaikat mendatangi pula Si Buta.dan meminta-minta sepertimana yang dimintanya kepada dua orang yang terdahulu itu.
Si Buta: Dulu aku seorang yang buta, lalu Allah mengembalikan pandangan mataku dan memberi harta kepadaku, maka ambillah apa yang engkau kehendaki.
Malaikat: Simpanlah hartamu itu, sesungguhnya aku adalah Malaikkat utusan Allah yang diutuskan untuk menguji kamu.
(Rujuk kitab Riyadhus Solihin.Bab Muraqabah)



0 Comments:

Post a Comment