28 Oktober 2009


               Setiap seorang daripada lima orang rakyat Malaysia pasti mengalami masalah kewangan. Setiap akhir tahun sebahagian besar rakyat Malaysia sempuk, sesak nafas,poket kering,dapur kurang berasap,anak-anak kekurangan zat.kereta tersadai,hanya motorsikal yang bergerak, Si bapa selalu bengis dan cepat marah.Si Ibu muncung memanjang. Puncanya tidak lain melainkan wang..wang..wang..itulah gambaran orang ramai yang selalu ana perhatikan, tetapi bagi diri ana, ia tidaklah sampai ke tahap itu..kehidupan ana macam biasa sahaja..tiada apa yang menghimpit jiwa dan mengempiskan poket..ini kerana ana….
Amalan yang sepatutnya  dilakukan
1-Membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam:Maksud hadis (Sesiapa yang membaca al-Waqiah pada setiap malam maka dia tidak akan ditimpa kemiskinan buat selama-lamanya )
2-Selalulah beristighfar.kerana dengan beristighfar ia boleh menyelesaikan pelbagai masalah.
3-Amalkan solat sunat Duha,kerana ia adalah penyebab turunnya razeki daripada Allah.
4-Amalkan zikirkan Asma Al-Husna “Ya Ghani” sebanyak mungkin.
5-Puasa sunat Isnin dan Khamis.
6-Amalkan hadis : ( Kami tidak makan kecuali kami lapar dan bila kami makan ia tidak sampai kenyang.)

Amalan-amalan untuk mendapat duit segera.
1-Buang sifat malu dan mulalah berniaga kecil-kecilan dengan jiran-jiran dan kawan-kawan sepejabat .(Jual nasi lemak.roti bakar.karipap dan lain-lain.)
2-Bawa bekal ke tempat kerja dan sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah.
3-Berbelanjalah dengan berhemah, kunjungi pasaraya Maiden selepas jam 12.00 pagi untuk mendapat barangan pada harga runtuh, atau berebut-rebutlah dengan peniaga setiap kali lori pemborong sampai,pastikan anda mendapat barangan pada harga yang murah pada setiap pagi sebelum subuh di mana-mana pasar di tempat anda.
4-Merayaulah ke setiap pelusuk kampong untuk mencari pucuk ubi,pucuk paku,kangkong ,rebung buluh,pucuk tenggek burung dan lain-lain pucuk yang boleh di makan.5-Beli lastik dan masuklah ke hutan atau pinggir kampong untuk melastik burung,atau ayam hutan.jika nasib anda baik mungkin anda akan menemui telur kura-kura atau telur labi-labi(Mazhab Maliki makan dua makhluk tu.anda dibenarkan menukar Mazhab dalam keadaan terdesak).tupai pun boleh dimakan,lastik je lah.
6-Gali cacing untuk memancing ikan puyu atau ikan keli di dalam parit atau anak sungai di tepi-tepi jalan raya.

Amalan-amalan yang tidak boleh dilakukan walaupun poket dah kering.
1-Menyertai MLM yang tidak jelas halal haramnya.
2-Membuat tuntutan perjalanan yang tidak sepatutnya.
3-Membeli nombor ekor atau mencuri,
4-Minta duit daripada ibu-bapa.atau meminjam daripada kawan-kawan.
5-Menggadaikan rantai isteri di  pajak gadai cina.
6-Berhutang barangan di kedai runcit.
7-Mengeluarkan simpanan Tabung Haji atau memecahkan tabung anak.

Apa yang ana lakukan dari dahulu sehingga sekarang.
1.Bisnes keropok dan sos serta pelbagai barangan dari pantai Timur
2-Menjadi Perunding Etiqa Takaful.

3-Berebut jawatan AJK Koperasi,(Setiap bulan pasti ada menyuarat,dan dapat elaun RM.50.00 setiap kali hadir..alhamdulillah juga tu )
4-Isteri ana mengambil upah menjahit baju.
5-Banyak bersedekah ( Makin banyak bersedekah,makin murah razeki daripada Allah SWT)
Awas…Anak Durhaka  Razekinya Sempit….hidup tak bahagia dunia akhirat.
Wallahu a’lam

0 Comments:

Post a Comment