Umarbin Al-Khattab ra meriwayatkan :
Rasulullah saw pernah sekali meminta derma untuk digunakan di jalan Allah SWT pada masa itu daku memiliki sedikit harta kekayaan. Daku telah merenung di dalam fikiranku bahawa pada setiap masa Abu Bakar telah membelanjakan lebih dari apa yang daku telah belanjakan di jalan Allah SWT. Daku berharap dengan pengurniaan dari Allah SWT dapatlah daku membelanjakan lebih darinya buat kali ini, kerana pada ketika itu daku hanya mempunyai sebarang dua harta-benda kekayaanku untuk daku belanjakan . Dakupun pulanglah ke rumah dengan perasaan riang dan gembira serta terbayang-bayang akan buah fikiranku ini. Daku telah
Analogi tingkatan pembacaan al-Quran setiap hari
Jutawan-[membaca 300 - 1000 ayat] Jayawan-[membaca 200 - 299 ayat]
Setiawan[ 100 - 199 ayat] Pemelihara[50-99 ayat] Peringat[10 - 49 ayat]
Pelalai[0 - 9 ayat]
Pesan Bistari 1:
Aneh sekali, orang jahil merasakan terhina jika tidak dapat menjawab soalan agama yang dikemukakan kepadanya, sedangkan orang alim pula mencari seribu alasan untuk tidak menjawabnya kerana bimbang kesilapan berlaku.
Pesan Bistari 2:
Imam Malik r.a pernah ditanya kepadanya 38 soalan oleh penduduk Maroco, beliau hanya menjawab enam soalan sahaja, baki 32 soalan lagi beliau hanya menjawab 'aku tidak tahu'
Pesan Bistari 3 :
Sebuah negeri dirasakan sempit bukanlah kerana kepadatan penduduknya, tetapi sebuah negeri dirasakan sempit kerana kejahilan dan keburukan akhlak manusia di dalamnya.
Hukum Hudud : Hukuman syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah SWT seperti memotong tangan si pencuri, rejam ke atas penzina dengan syarat-syarat tertentu.
Kesalahan yang dikenakan Hukum Hudud:a-Mencuri b-Berzina/Liwat/Sihak c-Merompak d-Menuduh perempuan berzina e-Meminum minuman keras f-Murtad g-Tidak solat h-Tukang sihir
1-Sakaratul maut adalah mabuk mati, bukannya sakit mati,
Mati tidak menyakitkan bagi umat islam, keadaan Semasa dicabut nyawa bagi semua umat islam yang baik-baik adalah seperti seorang yang sedang mabuk sahaja,malah itulah hakikat yang sebenarnya, ia tidaklah menyakitkan sepertimana yang selalu digambarkan oleh sesetengah penceramah agama di dalam Masjid atau Surau yang selalu membaca dan merujuk kitab-kitab lama.