Abu Bakar Assiddiq bakal pemimpin sekumpulan manusia di syurga, kemasukannya ke dalam syurga adalah pasti, tetapi beliau terlalu takut kepada Allah SWT,antara kata-kata beliau ialah : i-Alangkah baiknya jika aku hanya sehelai rumput yang riwayatnya akan berakhir bila dimakan oleh seekor binatang ternakan. ii-Wahai burung bertuahnya kamu, kau makan dan minum serta berterbangan di bawah naungan pokok tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan, aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung. iii-Abu selalu meletak sebiji anak batu di dalam mulutnya supaya dia tidak bercakap yang bukan-bukan.