02 November 2009




Sabtu 31 oktober 2009.Semasa ana sedang berurusan di sebuah kedai runcit (Joo Guang Heng) di jalan Bertam Lama Melaka, ada seorang lelaki bersama dua anak perempuannya sedang membeli sebotol arak Guinness, Semasa membeli mungkin dia agak malu-malu kepada ana yang sedang berdiri di sebelahnya,  lalu dia berkata kepada tuan kedai tu, Tauke bungkuskan botol arak tu, saya tak mahu memegangnya. Subhanallah..Bagusnya dia.
Dalam hati ana pada masa itu timbul seribu persoalan,antaranya
i-Lemahnya iman ana kerana tidak mampu mencegah kemungkaran yang sedang berlaku di hadapan mata.
ii-Jahilnya masyarakat Islam hari ini ,apakah mereka tidak tahu hukum membeli arak tetap haram,sekalipun mereka tidak meminumnya.(ana bersangka baik..mungkin dia membeli untuk orang lain)

Tajuk ini tidak memerlukan penjelasan yang berjela-jela..Wassalam

0 Comments:

Post a Comment