03 November 2009

Dua fakta yang perlu diperbetulkan

1-Sakaratul maut adalah mabuk mati, bukannya sakit mati,
Mati tidak menyakitkan bagi umat islam, keadaan Semasa dicabut nyawa  bagi semua umat islam yang baik-baik adalah seperti seorang yang sedang mabuk sahaja,malah itulah hakikat yang sebenarnya, ia tidaklah menyakitkan sepertimana yang selalu digambarkan oleh sesetengah penceramah agama di dalam Masjid atau Surau yang selalu membaca dan merujuk kitab-kitab lama.

Antara fakta yang selalu kita dengar ialah, sakitnya semasa mati adalah seperti ditusuk dengan tujuh puluh bilah pedang atau seperti kulit kambing yang dilapah hidup-hidup ,tetapi harus diingat bahawa fakta ini adalah khusus untuk orang kafir ,munafik dan fasiq sahaja, ia bukan untuk semua umat islam yang baik-baik.
Banyak kisah-kisah israiliat telah dibawa masuk ke dalam kitab -kitab hadis yang menceritakan siksanya saat kematian adalah dengan tujuan untuk menakut-nakut umat islam terhadap kematian. Bila mereka memikirkan siksanya mati maka mereka akan takut mati dan dengan itu juga mereka akan takut untuk berjihad dan mati syahid dalam peperangan bagi meninggikan agama Allah SWT.

2-Jual-beli secara ansuran halal.
Bayaran yang lebih tinggi yang biasanya dikenakan oleh penjual ke atas pembeli untuk urusan Jual-beli secara ansuran bukannya riba.Hanya orang Yahudi yang berfahaman bahawa jual-beli sebegitu adalah sama dengan riba.[Sila rujuk surah al-Baqarah ayat 275-278]..terdapat sebahagian besar umat islam dan alim-ulamak sendiri yang masih tidak memahami hukum jual-beli secara ansuran.
wallahuaklam{Fakta ini ana telah membacanya di dalam akhbar Harakah beberapa tahun yang lalu}

0 Comments:

Post a Comment