07 November 2009





Ulama’ berselisih pendapat tentang kenajisan pepsin bangkai halal atau tidak, dan keju yang bercampur dengannya kepada dua golongan:

Pendapat pertama:Majoriti ulama; terdiri daripada ulama’ Mazhab Asy Syafi’i Al-Maliki dan Hambali berdasarkan zahir mazhab tersebut, berpendapat ia adalah najis. keju yang bercampur dengannya, juga najis dan tidak halal memakannya.
Pendapat kedua:Al-Imam Abu Hanifah,Daud Az-Zahiri dan Ahmad Taimiyah berpendapat, ia adalah suci, keju yang bercampu dengannya dan diproses daripada susu binatang yang dimakan dagingnya, adalah halal dan baik,kerana sahabat pernah memakan keju apabila memasuki kota Mada’in ,keju tadi dicampur dengan pepsin yang diambil daripada anak lkambing dan juga binatang-binatang sembelihan mereka yang telah mati.ii-Perselisihan pendapata tentang keju buatan orang Majusi:Pendapat yang Al-Azhar menyatakan keju buatan mereka adalah halal, pepsin bangkai dan susunya adalah suci, ini kerana ketika sahabat membuka negara Iraq, mereka memakan keju buatan orang Majusi.iii-Susu dan pepsin tidak mati, ulama’ yang menghukumkannya sebagai najis, melihat dari segi ia berada di dalam bekas najis, kenajisannya merujuk kepada bekas yang najis.Menurut As-Sunnah cecair itu berada di dalam bekas yang najis ia tidak menjadi najis.[An-Nahl. ayat 66. dan Sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran Yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa Yang terbit dari dalam perutnya, Yang lahir dari antara hampas makanan Dengan darah; (Iaitu) susu Yang bersih, Yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang Yang meminumnya.]

0 Comments:

Post a Comment