01 November 2009

Jom kita mendaki di syurga


Daripada Abdullah Bin Amru ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada ahli al-quran, “Teruskanlah bacaan al-Quranmu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga,dan bacalah sebanyak mana yang telah engkau baca di masa kehidupanmu di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu di dalam syurga adalah di mana engkau telah sampai ayat terakhir daripada al-Quran.[Hadis riwayat.Ahmad-Tarmizi-Abu Daud-Nassai-Ibnu Majah-Ibnu Hiban]
Formula bagaimana ana boleh khatam al-Quran berkali-kali dalam setahun.

        Ana bukanlah seorang ustaz yang hafaz al-Quran(Al-Hafiz) ana hanyalah ustaz biasa-biasa sahaja,tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini Allah SWT telah memberi kesempatan masa kepada ana untuk mengkhatamkan al-Quran beberapa kali setiap tahun, apa yang aka ana ceritakan di sini adalah untuk kebaikan kita bersama, jika ana riak maka pahala ana akan -0 %, dan jika ana ikhlas ana yakin pahala ana akan 100%. Atau lebih lagi.
        Jomlah kita kongsi bersama-sama formula yang sedang ana amalkan ini, walaupun ianya tidaklah hebat sangat, tetapi jika diikuti secara istiqamah insyaallah kita akan menjadi ahli al-Quran.
1.Ana mewajibkan diri ana dan keluarga membaca al-quran setiap malam, ana mengajar anak-anak membaca al-quran dan ana sendiri membaca sekuarang-kurangnya sehelai setiap malam. Jika ada kesempatan masa ana akan membaca lebih banyak lagi.[ 2x khatam dlm setahun]
2-Selalunya ana akan datang awal ke surau untuk mengimami solat fardu,sebelum solat biasanya ana dapat membaca sehingga 5 muka surat al-quran.
3-Semasa mengimami solat fardhu Jahriah (Maghrib, Isyak, Subuh) ana selalunya membaca satu muka surat pada setiap rakaat. Ana melihat al-Quran besar di hadapan.[ 4x-5x khatam dlm setahun]
4-Semasa mengimami solat Taraweh ana membaca setengah muka surat setiap rakaat.[ Dapat 2x khatam dalam sebulan Ramadhan]

0 Comments:

Post a Comment