17 November 2009


Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda : Apabila dalam minda umatku yang mereka fikirkan hanyalah keuntungan dunia semata-mata,maka akan ditarik dari hati mereka kehebatan islam, dan apabila umatku berhenti daripada menyampaikan kebenaran dan mencegah kemungkaran maka akan diharamkan kepada mereka keberkatan wahyu,dan apabila umatku caci-mencaci sesama mereka ,maka mereka akan terlepas dari pandangan rahmat Allah SWT.[ Hadis riwayat Tarmizi]

Pembaca yang dikasihi...ambilah peluang untuk kita sama-sama berdakwah di alam siber ini, buatlah kebaikan ini semampu mu,rajin-rajinlah mencari bahan rujukan yang benar dan bermutu untuk diisikan di dalam blog-blog kalian semua,semoga Allah memandang dan menerima usaha kita yang sedikit ini, dan apa yang paling penting ialah semoga Dia tidak menarik keberkatan untuk memahami dan mengamalkan wahyu daripada hidup kita.

petikan daripada Khutbah Rasulullah saw: Wahai Manusia' Allah telah menyuruh kamu melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, kalau tidak akan tiba satu masa di mana kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan memakbulkan doamu,kamu memohonkan sesuatu hajat kepadaNya, tetapi Dia tidak akan menunaikan hajatmu, kamu memohon bantuan daripadaNya untuk  menghadapi musuh-musuhmu tetapi Dia tidak akan memberi bantuan kepadamu [ Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban]

0 Comments:

Post a Comment