29 Disember 2009

Buat-buat GILA


Antara rahsia kejayaan dan kecemerlangan saya semasa belajar di Universiti Al-Azhar dahulu ialah saya selalu buat-buat gila , tetapi awas buat-buat gila tu mesti bersyarat, bukan gila sembrono.nanti susah.
         Semasa belajar di Mesir dahulu saya selalunya tinggal seorang diri dalam sebuah rumah kotak, iaitu rumah atau bilik-bilik kecil yang dibina di belakang bangunan yang besar,sewanya sekitar PM 90.00  sebulan, dan di waktu yang lain pula saya pernah tinggal di dalam bilik kecil di dalam masjid, saya menjadi penjaga masjid secara suka-rela dan dengan niat untuk mengelak dari membayar sewa..
        Semasa tinggal berseorangan inilah selalunya saya buat-buat gila.( Ingat.. gila bermusim dan bersyarat ) iaitu bila hampir dengan musim peperiksaan selalunya saya bercakap seorang diri, dan adakalanya saya bercakap dengan kembar saya di dalam cermin di hadapan saya, apa yang saya cakapkan ialah mengenai buku pelajaran yang saya sedang hafal. Saya selalu membaca buku nota kepada kepada kembar saya di dalam cermin, dia mengangguk tanda faham..seronooook..tak boring..tak tensyon..tapi bukan gila..
        Kepada adik-adik yang masih belajar di mana-mana universiti sekarang ini, cubalah teori buat-buat gila ni..insyaallah kamu akan mendapat dua perkara: i-kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. ii- mungkin kamu akan terus gila....wallahua'lam.

27 Disember 2009


Sijil penyertaan kursus Penulisan dan Penterjemahan anjuran Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir yang disampaikan oleh wakil Utusan Malaysia Kaherah Encik Astora Jabat.

Kesimpulannya:
1-Walaupun sekarang ini astora jabat telah hilang dari arena politik tanah air dan dia kini tercampak entah kemana.tetapi saya tidak boleh mengutuknya lagi, nanti berdosa, mendurhakai guru. .
2-Ramai lagi ustaz-ustaz di kelantan yang berkursus dengan Astora Jabat, tapi entah le para ustaz tu mengiktiraf astora jabat tu sebagai guru mereka atau pun tidak. wallahu a'lam

25 Disember 2009

" Bertaraf Dunia "



     Entah kenapa hati saya cukup sedih dan bosan pada isi khutbah Jumaat pada hari ini Jumaat 25/12/09. walaupun tajuknya cukup baik iaitu ia menceritakan tentang kelebihan ilmu pengentahuan, tetapi bila ditargetkan dengan ilmu pengentahuan itu kita mahu mencapai sesuatu yang "bertaraf dunia" dalam semua perkara yang kita lakukan, maka hati kecil saya menjadi benci dan bosan, lalu saya mula mempersoalkan dalam hati sanubari saya ini'. Siapakah yang telah mengarang khutbah ini?',Tiada tajuk lain lagikah yang hendak dibuat?. Sudah tiada lagikah cerdik pandai dalam negara kita yang boleh kita rujuk untuk melahirkan isi khutbah yang lebih bermutu ?, atau apakah khutbah itu dikarang hanya sekadar untuk mendapat bayaran sahaja. wallahhu a'lam
      Biarlah peminpin negara kita dan ahli politik tertentu sahaja yang bercerita tentang ingin menjadikan sesuatu yang mereka lakukan bertaraf dunia, 'Bola sepak bertaraf dunia'-'pendidikkan bertaraf dunia'-'Penyanyi bertaraf dunia'-'Kenderaan bertaraf dunia'-semuanya bertaraf dunia. Adapun bagi kita yang telah diberikan sedikit kefahaman beragama oleh Allah SWT, maka tak sesuai untuk kita bercerita tentang ingin berbuat sesuatu bertaraf dunia...Dunia tiada nilai di sisi Allah SWT....Rujuklah al-quran...bacalah hadis..lihatlah pandangan Allah SWTdan RasulNya terhadap dunia. Bacalah kisah Nabi Ibrahim As dan Namrud laktullah, anda akan menemui kisah nyamuk di dalam cerita itu. Nyamuk yang telah berjaya menyebabkan kematian Namrud laknatullah itu telah di tawar oleh Allah SWT : " Apakah yang kamu inginkan daripada isi dunia ini?". maka jawab nyamuk yang kerdil: Ya Allah sesungguhnya aku tidak mahu apa-apapun daripada isi dunia ini, cukuplah sekadar Engkau pulihkan sayapku yang patah ini. Dengan itu Allah berfirman: Jika dunia ini berharga di sisi Allah, maka Allah tidak akan memberi orang kafir minum walau setitis airpun.

Apa yang sepatutnya kita lakukan:
-Buatlah sesuatu bertaraf Dunia dan akhirat.
-Buatlah sesuatu betaraf akhirat.
-buatlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh ahli dunia dan diterima oleh Allah SWT.
-buatlah sesuatu kerana Allah SWT
*Jika kita merujuk kamus bahasa arab dan mencari erti bagi perkataan dunia, maka kita pasti tidak sanggup untuk meletakkan sesuatu yang kita lakukan bertaraf dunia.[Dunia ertinya: rendah-hina dan jijik]


24 Disember 2009


         Antara akiviti santai yang amat menyeronokkan yang selalu saya lakukan ialah saya mengambil sebuah buku catatan dan sebatang pen, lalu saya pergi ke Pekan Masjid Tanah dengan memandu kereta Volvo S70 atau dengan van Suzuki APV saya, sampai di sana saya akan parking kenderaan di beberapa tempat yang

21 Disember 2009

Petua Abang Ipar dan Ustaz Al-Hafiz
1- Jangan meludah di dalam mangkuk tandas nanti bontot kamu terkena penyakit buasir.
2-Jangan meludah di dalam mangkuk tandas nanti gigi kamu akan kuning dan sukar untuk dibersihkan.
3-Jangan meludah di dalam tandas selepas kamu mempelajari atau menghafaz al-quran.




Petua Cikgu Yaman:
Jangan menolak atau menguis kayu api dengan menggunakan kaki anda ketika kayu api itu sedang dibakar untuk memasak makanan di dalam kawah yang besar bagi sesuatu majlis kenduri kahwin satau sebagainya, nanti kaki dan lutut kamu akan terasa sakit-sakit walaupun kamu belum mencapai usia tua lagi.


19 Disember 2009

Kita mudah Lupa diri?



Asal-usul kejadian:
      Saya dan kamu semua adalah sejenis makhluk Allah SWT yang dicipta dari setitis air mani yang hanyir yang dipancutkan oleh seorang lelaki ke dalam rahim seorang wanita, di situ kita bertukar dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain, dari air mani yang hanyir menjadi segumpal darah, dari segumpal darah menjadi seketul daging, kemudian dijadikan tulang-tulang yang diseliputi dengan daging dan seterusnya menjadi seorang manusia yang bernyawa. Kita berada di dalam dunia yang gelap selama sembilan bulan, di situ pelbagai angan-angan yang ingin kita lakukan jika kita dikeluarkan dari dunia gelap itu ke dunia yang terang nanti,

17 Disember 2009

Wasiat Imam As-Syabli rah.


         Adalah diceritakan bahawa Imam As-Syabli rah telah berkhidmat kepada 400 orang guru. Dan beliau juga berkata : " Aku telah membaca 4000 hadis, kemudian aku pilih daripada bilangan itu sebuah hadis yang benar-benar aku amalkan dan aku tinggalkan yang lain daripadanya. Kerana aku telah memperhatikan hadis yang aku pilih ini dan aku telah mendapati di dalamnya ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan telah terkandung di dalamnya segala ilmu al-awalin dan al-akhirin maka aku merasa cukup dengan berpegang teguh dengannya. Hadis itu ialah sebuah hadis yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah saw kepada salah seorang sahabatnya. hadis itu berbunyi :(Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadaNya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan siksanya.)
Wahai pembaca yang budiman: jika engkau berpegang teguh kepada hadis ini, maka sebenarnya engkau sudah tidak perlu lagi kepada ilmu yang banyak.
[ Petikan dari buku: Wasiat Imam Gazali]

14 Disember 2009

  Selamat Datang Tahun 1431 Hijrah:
Makna Hijrah:

1-Hijrah sahabat Rasulullah saw dari Mekah ke Habsyah ketika sangat keras ancaman dan kejahatan orang-orang kafir Quraisy terhadap umat islam, maka pergilah mereka melarikan diri kepada Raja Najasyi raja Habsyah yang terkenal dengan keadilannya , iaitu lima tahun sebelum Nabi Muhammad saw diangkat menjadi pesuruh Allah. 
2-Hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah, iaitu tiga belas tahun selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul.

12 Disember 2009

Ustazpun mencuri



        Semasa zaman belajar di Mesir dahulu, kawan-kawan ana selalu menunjukkan barang-barang yang telah mereka curi semasa menaiki berbagai kapal terbang, berbagai-bagai bentuk selimut yang mereka ada. keberanian mereka mencuri dan berbagai alasan yang mereka kemukakan untuk menghalalkan perbuatan mereka itu, antaranya mereka mengatakan harga selimut tersebut adalah termasuk dalam bayaran tiket yang

09 Disember 2009


1-Syaitan yang jahat
Rasulullah saw bersabda : Syaitan telah mencekik seorang jariah. terlintas dalam hati keluarganya untuk mengubatinya pada seorang Rahib. Mereka membawanya kepada rahib namun dia menolak berkali-kali tapi akhirnya menerima juga. Ketika jariah itu berada di rumah rahib itu untuk diubati, syaitan selalu menggodanya hingga dia menghamilkan jariah itu. Lalu syaitan berkata, "Perbuatan burukmu akan terbongkar bila keluarganya datang. Maka bunuhlah dia dan katakan kepada keluarganya dia telah mati." Maka rahib itu membunuh dan menanamnya. kemudian syaitan pergi kepada

05 Disember 2009

Rahsia BESAR


Rahsia besar di sebalik tanda tangan ustazcyber ( Abdullah)
1- Tanda tangan arabic ini telah diajar oleh guru al-Quran saya ( Pak Su Wel ) di atas suraunya di kampung Gong Anak Nyor 16800 Pasir Puteh Kelantan sekitar tahun 1987 yang lalu.
2-Sekali saya menurunkan tanda tangan ini maka ia akan mendatangkan pahala kepada saya selagi tanda tangan itu tidak rosak atau dipadam.( dalam tanda tangan saya itu ada perkataan Allah )
3-Tanda tangan saya ini HARAM disentuh oleh seseorang yang berhadas besar.
4-Berdosa jika sesiapa mencampak atau menghina tanda tangan saya.
5-Tidak boleh di bawa masuk ke dalam tandas atau ke tempat maksiat.
6-Tanda tangan yang terbaik di atas muka dunia sehingga hari kiamat.
7-Tercatat di dalam al-Quran dan hadis.
8-Selalu terbentuk di awan, pokok, ikan dan pelbagai makhluk sebagai tanda keagungan Allah SWT.
( Tajuk ini sekadar bacaan santai sahaja...tolong jangan anggap saya yang bukan-bukan)

03 Disember 2009


Percayakah tuan-tuan dan puan-puan jika saya mengatakan bahawa pendapatan saya sepanjang tahun 2009 ini ialah sebanyak RM 5,544,000.00(Lima Juta Lima Ratus Empat Puluh Empat Ribu Ringgit Malaysia) rahsianya cukup mudah sahaja..sila baca pendedahan ikhlas saya ini. Iaitu mulai 01 Januari 2009 saya telah mula membayar bil elektrik dan bil air surau di taman saya. iaitu suarau Al-Karim Taman Bidara Indah Londang Masjid Tanah Melaka.jumlah bil yang saya telah bayar ialah:

Bil elektrik: 12 bulan x RM 60.00 sebulan = RM 720.00
Bil air       :  12 bulan x RM 6.00 sebulan  =  RM  72.00
Bil elektrik + Bil air                      Jumlah := RM 792.00

RM 792.00 adalah nilai wang saya di dunia, tetapi jika saya ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dalam pembayaran kedua-dua bil itu maka nabi Muhammad saw dan Allah SWT telah berjanji untuk menggandakan wang saya itu kepada 10 x ganda hingga ke 700 x ganda
                     RM 792.00 x 10 = RM 7920.00

                     RM 7920.00 x 700 = RM 5,544,000.00
( LIMA JUTA LIMA RATUS EMPAT PULUH EMPAT RIBU RINGGIT MALAYSIA )
Alhamdulillah saya betul-betul telah menjadi seorang  JUTAWAN...AMIN YA RABBA ALAMIN.

01 Disember 2009


Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Satu ketika seorang lelaki sedang berjalan di tanah yang gersang, tiba-tiba dia terdengar satu suara di sebalik awan yang memerintahkan awan supaya menurunkan hujan di dalam kebun si fulan bin si fulan sahaja, lalu hujanpun turunlah sebagaimana yang diarahkan, setelah lelaki tersebut sampai di dalam kebun yang baru disirami hujan itu, lalu dia bertanya kepada tuan kebun tersebut. Siapakah nama kamu ?. Jawab tuan kebun itu: Namaku ialah nama yang telah kau dengar di sebalik awan tadi. Tanya lelaki itu lagi :Apakah yang telah engkau lakukan selama ini sehinggakan Allah SWT memerintahkan hujan hanya turun di dalam kebunmu sahaja?. Jawab pemilik kebun itu: Setiap kali saya mendapat hasil tanaman, maka saya akan membahagikannya  kepada 3 bahagian, 1/3 pertama untuk saya makan bersama ahli keluarga, 1/3 lagi saya sedekah kepada yang berhak, dan 1/3 lagi saya jual untuk mendapatkan keuntungan dan modal pusingan.[Riwayat Muslim / Riyadussolihin hadis nombor 562]

;;