17 Disember 2009

Wasiat Imam As-Syabli rah.


         Adalah diceritakan bahawa Imam As-Syabli rah telah berkhidmat kepada 400 orang guru. Dan beliau juga berkata : " Aku telah membaca 4000 hadis, kemudian aku pilih daripada bilangan itu sebuah hadis yang benar-benar aku amalkan dan aku tinggalkan yang lain daripadanya. Kerana aku telah memperhatikan hadis yang aku pilih ini dan aku telah mendapati di dalamnya ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan telah terkandung di dalamnya segala ilmu al-awalin dan al-akhirin maka aku merasa cukup dengan berpegang teguh dengannya. Hadis itu ialah sebuah hadis yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah saw kepada salah seorang sahabatnya. hadis itu berbunyi :(Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadaNya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan siksanya.)
Wahai pembaca yang budiman: jika engkau berpegang teguh kepada hadis ini, maka sebenarnya engkau sudah tidak perlu lagi kepada ilmu yang banyak.
[ Petikan dari buku: Wasiat Imam Gazali]

0 Comments:

Post a Comment