25 Disember 2009

" Bertaraf Dunia "



     Entah kenapa hati saya cukup sedih dan bosan pada isi khutbah Jumaat pada hari ini Jumaat 25/12/09. walaupun tajuknya cukup baik iaitu ia menceritakan tentang kelebihan ilmu pengentahuan, tetapi bila ditargetkan dengan ilmu pengentahuan itu kita mahu mencapai sesuatu yang "bertaraf dunia" dalam semua perkara yang kita lakukan, maka hati kecil saya menjadi benci dan bosan, lalu saya mula mempersoalkan dalam hati sanubari saya ini'. Siapakah yang telah mengarang khutbah ini?',Tiada tajuk lain lagikah yang hendak dibuat?. Sudah tiada lagikah cerdik pandai dalam negara kita yang boleh kita rujuk untuk melahirkan isi khutbah yang lebih bermutu ?, atau apakah khutbah itu dikarang hanya sekadar untuk mendapat bayaran sahaja. wallahhu a'lam
      Biarlah peminpin negara kita dan ahli politik tertentu sahaja yang bercerita tentang ingin menjadikan sesuatu yang mereka lakukan bertaraf dunia, 'Bola sepak bertaraf dunia'-'pendidikkan bertaraf dunia'-'Penyanyi bertaraf dunia'-'Kenderaan bertaraf dunia'-semuanya bertaraf dunia. Adapun bagi kita yang telah diberikan sedikit kefahaman beragama oleh Allah SWT, maka tak sesuai untuk kita bercerita tentang ingin berbuat sesuatu bertaraf dunia...Dunia tiada nilai di sisi Allah SWT....Rujuklah al-quran...bacalah hadis..lihatlah pandangan Allah SWTdan RasulNya terhadap dunia. Bacalah kisah Nabi Ibrahim As dan Namrud laktullah, anda akan menemui kisah nyamuk di dalam cerita itu. Nyamuk yang telah berjaya menyebabkan kematian Namrud laknatullah itu telah di tawar oleh Allah SWT : " Apakah yang kamu inginkan daripada isi dunia ini?". maka jawab nyamuk yang kerdil: Ya Allah sesungguhnya aku tidak mahu apa-apapun daripada isi dunia ini, cukuplah sekadar Engkau pulihkan sayapku yang patah ini. Dengan itu Allah berfirman: Jika dunia ini berharga di sisi Allah, maka Allah tidak akan memberi orang kafir minum walau setitis airpun.

Apa yang sepatutnya kita lakukan:
-Buatlah sesuatu bertaraf Dunia dan akhirat.
-Buatlah sesuatu betaraf akhirat.
-buatlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh ahli dunia dan diterima oleh Allah SWT.
-buatlah sesuatu kerana Allah SWT
*Jika kita merujuk kamus bahasa arab dan mencari erti bagi perkataan dunia, maka kita pasti tidak sanggup untuk meletakkan sesuatu yang kita lakukan bertaraf dunia.[Dunia ertinya: rendah-hina dan jijik]


0 Comments:

Post a Comment