29 Disember 2009

Buat-buat GILA


Antara rahsia kejayaan dan kecemerlangan saya semasa belajar di Universiti Al-Azhar dahulu ialah saya selalu buat-buat gila , tetapi awas buat-buat gila tu mesti bersyarat, bukan gila sembrono.nanti susah.
         Semasa belajar di Mesir dahulu saya selalunya tinggal seorang diri dalam sebuah rumah kotak, iaitu rumah atau bilik-bilik kecil yang dibina di belakang bangunan yang besar,sewanya sekitar PM 90.00  sebulan, dan di waktu yang lain pula saya pernah tinggal di dalam bilik kecil di dalam masjid, saya menjadi penjaga masjid secara suka-rela dan dengan niat untuk mengelak dari membayar sewa..
        Semasa tinggal berseorangan inilah selalunya saya buat-buat gila.( Ingat.. gila bermusim dan bersyarat ) iaitu bila hampir dengan musim peperiksaan selalunya saya bercakap seorang diri, dan adakalanya saya bercakap dengan kembar saya di dalam cermin di hadapan saya, apa yang saya cakapkan ialah mengenai buku pelajaran yang saya sedang hafal. Saya selalu membaca buku nota kepada kepada kembar saya di dalam cermin, dia mengangguk tanda faham..seronooook..tak boring..tak tensyon..tapi bukan gila..
        Kepada adik-adik yang masih belajar di mana-mana universiti sekarang ini, cubalah teori buat-buat gila ni..insyaallah kamu akan mendapat dua perkara: i-kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. ii- mungkin kamu akan terus gila....wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment