14 Disember 2009

  Selamat Datang Tahun 1431 Hijrah:
Makna Hijrah:

1-Hijrah sahabat Rasulullah saw dari Mekah ke Habsyah ketika sangat keras ancaman dan kejahatan orang-orang kafir Quraisy terhadap umat islam, maka pergilah mereka melarikan diri kepada Raja Najasyi raja Habsyah yang terkenal dengan keadilannya , iaitu lima tahun sebelum Nabi Muhammad saw diangkat menjadi pesuruh Allah. 
2-Hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah, iaitu tiga belas tahun selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul.

3-Hijrah umat Islam dari satu negeri ke satu negeri yang lain untuk mengelakkan diri dari bahaya dan fitnah terhadap diri sendiri atau orang lain.
4-Hijrah untuk menuntut kemajuan diri dan mencari ilmu pengentahuan.
5-Hijrah dari sesebuah negeri yang banyak berlaku padanya maksiat dan bid'ah.
6-Hijrah daripada negeri yang penuh dengan harta yang haram untuk mencari harta yang halal.
7-Hijrah daripada negeri yang kotor kepada negeri yang bersih.
8-Hijrah kerana melarikan harta daripada orang yang zalim. kehormatan harta orang islam adalah sama dengan kehormatan dirinya.
9-Hijrah untuk mengambil iktibar dan melihat pemandangan ciptaan Allah SWT. Iskandar Zulkarnain berhijrah dari satu negeri ke satu negeri untuk melihat kecantikan alam ciptaan Allah SWT.
10-Hijrah untuk menunaikan ibadat seperti ibadat haji atau umrah.
11-Hijrah untuk berjihad di jalan Allah SWT. Hijrah ini masih dilakukan oleh pemuda-pemuda  Arab yang kuat imannya, mereka berhijrah ke Afghanistan, Kasymir, Palestin dan beberapa negara umat islam yang dijajah oleh musuh-musuh islam.
12-Hijrah untuk meluaskan empayar perniagaan.
13-Hijrah untuk melawat rumah-rumah Allah SWT ( Masjid Al-Haram, Masjid Nabi dan Masjid Al-Aqsa).
14-Hijrah untuk melawat seorang sahabat yang dicintai kerana Allah SWT.
15-Hjirah dalam diri sendiri, iaitu hijrah daripada melakukan perkara yang buruk kepada melakukan perkara yang baik dan diredhai Allah SWT.

0 Comments:

Post a Comment