1-Syaitan yang jahat
Rasulullah saw bersabda : Syaitan telah mencekik seorang jariah. terlintas dalam hati keluarganya untuk mengubatinya pada seorang Rahib. Mereka membawanya kepada rahib namun dia menolak berkali-kali tapi akhirnya menerima juga. Ketika jariah itu berada di rumah rahib itu untuk diubati, syaitan selalu menggodanya hingga dia menghamilkan jariah itu. Lalu syaitan berkata, "Perbuatan burukmu akan terbongkar bila keluarganya datang. Maka bunuhlah dia dan katakan kepada keluarganya dia telah mati." Maka rahib itu membunuh dan menanamnya. kemudian syaitan pergi kepada
keluarganya dan mengatakan bahawa jariah itu telah dibunuh dan dikuburkan oleh rahib. Keluarga itu segera menemui rahib dan hendak membunuhnya. Lalu syaitan berkata," Aku yang mencekiknya dan aku yang menghasut keluarganya, Maka taatlah kepadaku, tentu aku selamatkan kau dari neraka," Rahib bertanya, Dengan apa?" Syaitan berkata ," Sujudlah kepadaku dua kali" Rahib itu melakukannya lalu syaitan itu berkata. "Sesungguhnya aku tidak mahu bertanggungjawab ke atasmu"
2-Iblis yang sombong.
Diceritakan bahawa iblis datang kepada Nabi Musa as. Dia berkata kepadanya. " Allah telah memeliharamu dengan risalah-Nya dan berbicarapadamu.?" Musa menjawab, " Ya, lalu apa yang kamu inginkan wahai iblis?" Iblis berkata, "Ya Musa katakan kepada Tuhanmu bahawa aku hendak bertaubat." Lalu Musa mendapat wahyu, " Hai Musa Kuterima taubatnya jika dia sujud pada Adam di kuburnya." Musa menceritakan hal itu kepada iblis dan dia marah dan dengan sombong iblis berkata, " Sedangkan di syurga aku tidak mahu sujud padanya, inikan pula setelah dia mati."[ Buku penenang jiwa Imam Ghazali]