12 Disember 2009

Ustazpun mencuri



        Semasa zaman belajar di Mesir dahulu, kawan-kawan ana selalu menunjukkan barang-barang yang telah mereka curi semasa menaiki berbagai kapal terbang, berbagai-bagai bentuk selimut yang mereka ada. keberanian mereka mencuri dan berbagai alasan yang mereka kemukakan untuk menghalalkan perbuatan mereka itu, antaranya mereka mengatakan harga selimut tersebut adalah termasuk dalam bayaran tiket yang
mahal yang telah dikenakan ke atas semua penumpang, jadi halal kita mengambilnya,alasan mereka itu telah menyebabkan anapun berazam untuk cuba mencuri juga di atas kapal terbang semasa penerbangan ana pulang ke Malaysia nanti,
      Tahun 1993 tibalah masa untuk ana balik ke Malaysia, semasa dalam penerbangan dari Mesir ke Dubai, ana naik kapal terbang Emirates Air, kapal terbang mewah, dalam hati ana, ana tetap mahu cuba untuk mencuri, tapi ana tak tahu apa yang harus ana curi untuk di jadikan kenangan kerana menaiki kapal terbang tersebut, semasa paramugari membekalkan earphon kepada semua penumpang, anapun fikir curi inipun jadilah, yang penting ana ada kenangan mencuri di atas kapal terbang sebagaimana yang telah kawan-kawan ana lakukan sebelumnya.semasa ana hendak mencuri earphon tersebut ana masih takut-takut, maklumlah kerana ana tak pernah mencuri sebelum ini, lalu ana bertanya kepada penumpang Arab yang ada di sebelah ana, ana tanya: Boleh tak ana mencuri earphon ni? .Si arab tu terkebil-kebil melihat ana, lalu dia tanya: kamu ni dari negara mana? . Ana jawab: Dari Malaysia. katanya lagi: Setahu saya di Malaysia bersepah benda macam ni...aduhhh malu besar rasanya. sejak dari itu berazam untuk tidak mencuri lagi.

0 Comments:

Post a Comment