Sesungguhnya pertembungan antara Al-Quran dan sains akan berlaku hanya kerana dua sebab sahaja, iaitu :
i-Apabila penemuan ilmu sains itu tidak menepati fakta yang sebenarnya.
ii-Apabila para ilmuan Islam tidak memahami al-Quran atau terjemahannya dengannya dengan tepat .
Firman Allah SWT(.Surah Al-Hijr ayat 19)
والأرض مددنها
Ertinya : Dan bumi ini kami hamparkan.
Semasa diturunkan ayat ini ia tidak berlaku pertembungan antara al-Quran dan sains kerana apa yang telah disebutkan oleh al-quran adalah bertepatan dengan apa yang sedang dilihat oleh pandangan mata manusia ketika itu, iaitu bumi memang terbentang dan terhampar di hadapan mata mereka .Kemudian Allah SWT telah mendedahkan ilmu-Nya kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya( sekalipun mereka itu orang kafir) lalu berlakulah perlumbaan menjelajah ke ruang angkasa. Maka pada waktu itu gambaran bumi kita ini dilihat dalam bentuk bulat. Maka setengah daripada ulama islam yang tidak mendalam ilmunya telah mengatakan bahawa "Sesiapa yang mengatakan bumi bulat maka dia adalah Kafir ".
Kalau kita pergi kemana sahaja di atas permukaan bumi ini maka kita akan dapati ia sentiasa terhampar di depan mata kita, ini adalah buktinya bumi ini bulat, dan jika bumi ini empat segi atau enam segi pasti kita akan menemui penghujungnya, tetapi oleh kerana bumi ini bulat, maka kemana sahaja kita pergi pasti ia akan sentiasa terhampar di hadapan mata kita. dan kita tidak akan menemui penghujungnya.
Orang kafir cuba membuat tohmahan bahawa ayat al-quran berlawanan dengan ilmu sains dalam hal berkaitan dengan bentuk muka bumi ini, tetapi tohmahan mereka itu tidak dapat mereka buktikan kebenarannya....
(Petikan dari Buku Al-Ghaib oleh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi)