Dewasa ini sebahagian besar penduduk dunia berada dalam kegelisahan dan kekosongan jiwa, tak kiralah sama ada mereka itu muslim ataupun musyrik, rata-rata hidup mereka terkejar-kejar mencari harta dan kekayaan di dunia yang fana ini. Sebahagian besar daripada manusia hari ini menyangka bahawa dengan memiliki sedikit daripada harta di dunia ini maka hidup mereka akan bahagia, lalu mereka mengejarnya siang dan malam ,tetapi bila sejumlah wang dan harta telah mereka perolehi, hati mereka tidak bahagia juga, malah mereka akan lebih tamak lagi untuk mencari wang dan harta seterusnya, sehinggakan mereka terlupa untuk menunaikan keperluan diri mereka sendiri.lalu usia mereka habis dan berlalu hanya dalam mengejar kebahagiaan yang tak pernah mereka capai sebenarnya.
Setengah manusia yang lain pula menyangka mereka akan mengecap sedikit kebahagiaan bila mereka dapat melupakan semua masalah yang sedang mereka hadapi, lalu mereka mengambil pelbagaai minuman yang memabukkan dan pil yang menghayalkan bagi melupakan sementara segala masalah yang membelenggu jiwa mereka, tetapi apa yang berlaku hanyalah mereka akan gila dan hilang akal sekejap sahaja, selepas itu mereka akan kembali waras, bila waras jiwa mereka akan kembali meronta-ronta, akhirnya mereka mereka terperangkap dalam kebahagian palsu yang telah mereka cipta.
Itulah sedikit gambaran manusia hari ini dalam mencari ketenangan dan kebahagiaan, namun kebahagiaan yang sebenar hanyalah terletak di dalam penghambaan diri kepada Allah SWT. sejauh mana kita menyerah jiwa dan raga kita kepada Allah SWT maka sejauh itulah kita akan bahagia.
Firman Allah SWT : Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan tenang...marilah kita sama-sama mengingati Allah SWT dengan pelbagai cara semampu kita,antara cara yang paling mudah untuk kita mengingati Allah SWT ialah dengan menghayati bacaan ayat-ayatNya, Ayuhlah kawan-kawan marilah kita isikan hati dan minda kita dengan ayat-ayat Allah SWT, semoga dengan itu hati kita akan lebih tenang dan kita akan terdorong untuk melakukan lebih banyak kebaikan