27 Januari 2010


          Setiap perkataan di dalam al-quran yang dimulai dengan huruf Sin (س ) adalah adalah merupakan satu mukjizat yang terbesar dari Allah SWT. Setiap perkataan yang dimulai dengan huruf Sin( س) adalah bermaksud sesuatu itu akan berlaku di masa akan datang. perkara tersebut tidak pernah berlaku pada masa sebelumnya atau masa sekarang.


1-Firman Allah SWT:

سيقولوا السّفهاء من النّاس ما وّلّهم عن قبلتهم الّتى كانوا عليها)
Ertinya: Orang-orang yang kurang akal (bodoh)di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan umat Islam dari kiblat ( Baitul Maqdis) yang dahulunya mereka berkiblat kepadanya" [ al-Baqarah 142]

 (سيقولوا  ) Maksudnya : Akan berkata.

        Semasa diturunkan ayat ini orang-orang yang bodoh di kalangan Musyrikin Mekah atau orang Yahudi dan kristian tidak berkata apa-apa, tetapi setelah lebih kurang 16 atau 17 bulan Rasulullah saw berpindah ke Madinah, maka Allah SWT  telah memerintahkan Rasulullah saw supaya memindahkan arah kiblat dari menghala ke Baitul Maqdis di Palestin kepada menghala ke arah Kaabah di Mekah. Maka pada saat ini berkatalah orang-orang bodoh di kalangan mereka tentang perpindahan arah kiblat oleh Allah SWT itu.      
          Di sinilah terletaknya mukjizat Allah SWT dalam huruf Sin, iaitu pada masa itu mungkin orang-orang bodoh di kalangan orang kafir itu boleh mengatakan bahawa:"kami tidak berkata sepertimana yang telah dikatakan oleh nabi Muhammad dan Al-Quran itu ". Jika perkataan itu di kata oleh mereka, maka terbatallah mukjizat al-quran dan kenabian nabi Muhammad saw dan beliau akan dituduh sebagai pendusta.

2-Firman Allah SWT
    ( سيهزم الجمع ويولّون الدّبر  )
Ertinya : Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang..

       Semasa diturunkan ayat ini Saiyidina Umar Bin al-khattab bertanya kepada Nabi Muhammad saw. '"Siapakah yang akan menang dan siapakah pula Golongan yang akan dikalahkan" . sedangkan kita sekarang ini sedikit bilangannya dan lemah pula.
        Setelah beberapa tahun berlalu dan umat Islam telah berhijrah ke Madinah, maka berlakulah peperangan Badar, inilah peperangan pertama di dalam islam yang mana orang-orang kafir quraisy yang berjumlah hampir 3000 orang telah berjaya dikalahkan oleh tentera Islam yang jumlahnya hanya lebih kurang 300 orang sahaja. Setelah orang Islam menang dalam peperangan ini maka menangislah Saiyidina Umar ra lalu berkata. "Benarlah Engkau wahai Tuhan-ku", dan seterusnya beliau membaca (سيهزم الجمع ويولّون الدّبر ). Ayat ini diturunkan semasa Nabi Muhammad saw dan umat islam berada di Mekah lagi, dan orang-orang kafir Quraisy pernah mendengarnya, tetapi mereka tetap berdegil untuk berperang dengan Rasulullah saw, maka di sinilah terbuktinya mujkizat Allah SWT di dalam huruf Sin.

3-Firman allah SWT
(.  سيصلى نارا ذات لهب.. )
Ertinya : Binasalah kedua belah tangan Abi Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidak berfaedah kepadanya dan apa yang diusahakannya. Kelak dia akan masuk ke dalam api neraka yang bergejolak. Dan begitu pula isterinya pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.[ Al-Lahab ayat 1-5]

         Semasa diturunkan ayat ini Abu Lahab dan isterinya masih hidup, jika dia ingin mempersendakan islam dan Nabi Muhammad saw maka dia boleh mengumpul penduduk Mekah lalu berkata: "Muhammad bohong dan al-Quran tidak benar kerana Aku tidak tidak akan masuk neraka. aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah utusan Allah ".Tetapi disinilah terletaknya mukjizat Allah SWT . Abu Lahab tidak pernah sekalipun terlintas di dalam fikirannya untuk mempersendakan Nabi Muhammad saw dan Al-Quran. dia tetap mati di dalam kekafirannya.
[ Al-Ghaib- Muhammad Mutawali as-Sya'rawi]





0 Comments:

Post a Comment