Dadu Jahiliah
Di zaman jahiliah terdapat sebuah patung yang bernama Hubal yang terletak berhampiran telaga Zamzam di Mekah,di samping patung Hubal ini terdapat tujuh dadu yang tertulis padanya perkatan-perkataan tertentu yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat jahiliah, seperti perkataan "Ya"- "Tidak" -"boleh buat" -"tidak boleh buat" dan lain-lain lagi. Orang-orang kafir jahiliah bila mereka hendak melakukan sesuatu pekerjaan maka mereka akan datang kepada patung hubal dan mengoncangkan bekas dadu yang terdapat di sebelahnya.Contohnya jika mereka ingin bermusafir, maka mereka akan mengoncangkan bekas dadu tersebut sebanyak tiga kali, jika bilangan dadu yang bertulis "tidak boleh" keluar setiap kali digoncang, maka mereka tidak akan bermusafir pada tahun itu.begitulah sebaliknya.
Besgitulah besarnya peranan dadu dalam kehidupan masyarakat jahiliah sehinggakan pernah berlaku satu ketika, iaitu Abdullah Bin Abdul Muttalib ayah kepada Nabi Muhammad saw hampir disembelih oleh bapanya kerana namanya naik setiap kali digoncangkan dadu undian oleh Abdul Mutallib ketika melakukan pemilihan terhadap sepuluh anak lelakinya siapakah yang sepatutnya disembelih sebagai korban nazanya kepada Allah.
Dalam masyarakat jahiliah moden hari ini balingan dadu masih diamalkan, terutamanya semasa di dalam peperiksaan, ianya di lakukan oleh sebilangan pelajar-pelajar yang lemah dan malas membaca buku. balingan dadu juga masih diamalkan oleh orang bijak pandai dalam negara kita, terutamanya ketika melakukan pemilihan dalam pertandingan bola sepak dan lain-lain sukan, ianya berlebih kurang sama dengan apa yang telah dilakukan oleh masyarakat jahiliah sebelumnya.