11 Februari 2010

Kita tak ada kuasa

    

      Pelikkan..Doktor Pakar jantung pun mati kerana sakit jantung. Doktor Pakar otak mati kerana barah otak. Doktor gigipun akan tertanggal giginya suatu hari nanti. Pakar penjinak ular akan mati kerana dipatut ular. Pencinta haiwan mati ditusuk oleh sengat pari yang dicintainya.
       Jika kita melihat dalam pengurusan masa, maka kita akan dapati bahawa kita tidak berkuasa satu saat pun terhadap peredaran masa. Andainya datang seorang perompak ke rumah kita, bolehkah kita mengundurkan sedikit masa supaya kita boleh membuat persiapan untuk menalifon polis atau meminta bantuan daripada jiran-jiran terdekat. Jawabnya tidak-sekali-kali tidak. Kita tidak berkuasa terhadap apa-apapun sama ada terhadap diri kita sendiri atau terhadap orang lain.Tetapi kenapa kita selalu berlagak sombong terhadap sesama manusia dan adakalanya terhadap Allah SWT. Hubungan kita sesama manusia boleh dikatakan berada pada tahap memuaskan. Manakala hubungan kita dengan Allah SWT pula bolehlah pula dikatakan berada pada tahap separuh sedar. Adakalanya kita ingat dan takut kepada Allah SWT, dan adakalanya kita sahaja buat-buat lupa terhadap Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 23-24

 ولا تقولنّ لشئ انّى فاعل ذلك غد الاّ أن يشاء الله واذكر ربّك اذا نسيت وقل عسى أن يهدين ربّى لأقرب من هذا رشدا
Ertinya : Jangan sekali-kali kamu berkata kepada sesuatu " Sesungguhnya aku akan mengerjakannya esok pagi". Kecuali dengan menyebut "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah " Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini".

0 Comments:

Post a Comment