30 Mac 2010


Kenali hadis-hadis yang tidak diketahui asal-usulnya tetapi kita selalu mendengar ianya disampaikan oleh segolongan penceramah agama.

1-Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

سلّموا على اليهود والنّصارى ولا تسلّمون على يهود أمّتى . قيل ومن يهود أمّتك . قال ترك الصّلات ...لا أصل له
Ertinya : Hendaklah kamu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasara tetapi jangan kamu memberi salam kepada Yahudi umatku. Rasulullah saw ditanya: Siapakah Yahudi umat anda?. Beliau menjawab: Orang-orang yang meninggalkan solat.
( Hadis ini tidak diketahui asal-usulnya)
2-Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
ألمؤمن فى المسجد كالسّمك فى الماء والمنافق فى المسجد كالطّير فى القفص....لا اصل له
Ertinya : Orang mukmin dalam masjid bagaikan ikan dalam air dan orang munafik dalam masjid bagaikan burung dalam sangkar.
(Hadis ini tidak diketahui asal-usulnya)
 

29 Mac 2010

 

MARI MENGENALI ROH 

Soalan soalan asas mengenai roh:
1-Apakah roh itu?
2-Apakah ada cara untuk mengenali roh? 
3-Apakah roh satu bahagian daripada tubuh badan kita atau sesuatu lain yang berbeza sama sekali?
4-Apabila roh berbeza dengan tubuh, di manakah tempatnya?
5-Apakah roh adalah makhluk?
6-Adakah manusia mempunyai satu roh atau banyak roh? 
7-Apakah roh akan mati dan bagaimanakah kematiannya? 
8-Di manakah tempat menetapnya roh di alam barzakh?

Pandangan Ibnu Taimiyah mengenai roh:
Roh adalah pengatur tubuh badan yang akan berpisah dengan tubuh kerana kematian.jiwa dan roh adalah sesuatu yang dicabut daripada badan bila berlaku kematian, ia akan diberi kenikmatan atau kesiksaan. Ia adalah makhluk yang mana kehidupan ada padanya. kehidupan pergi bersama perginya ia. Roh adalah udara yang masuk kedalam tubuh dan udara yang keluar daripada tubuh.

Sifat-sifat roh
Roh adalah makhluk yang tidak dapat dilihat, jadi kita tidak dapat mengentahui sifatnya dengan jelas. Allah SWT memberitahu bahawa roh dapat naik dan turun,mendengar,melihat dan berbicara kepada yang lain. Rasulullah mengatakan bahawa roh akan dinaikkan menuju langit yang tinggi lalu dikembalikan ke kubur pada suatu saat. roh akan mendapat kenikmatan atau seksaan di dalam kubur

Saat berpisahnya roh daripada badan
 Malaikat maut mencabut roh, dan malaikat meletakkannya di dalam kain kafan dari syurga atau neraka sesuai dengan ketentuan untuk keselamatan atau kerosakannya, dia membawanya dalam perjalanan luhur menuju langit, akan dibuka pintu  langit untuknya jika ia adalah roh yang baik dan akan ditutup pintunya apabila ia adalah roh yang jahat. Lalu roh akan dikembalikan pada jasadnya, ditanya dan diseksa atau diberi kenikmatan. Adapun roh para syuhada' akan menjadi burung yang berwarna hijau dan roh kaum mukmin menjadi burung yang bertenggek di pohon syurga. Seseungguhnya ketika roh dicabut ,maka mata akan mengikutinya.
Dimanakah tempat tinggalnya roh di dalam badan kita
Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa roh tidak hanya tertumpu pada suatu tempat di dalam jasad, akan tetapi roh mengalir ke dalam jasad seperti mengalirnya darah yang menjadi punca kehidupan seluruh jasad.oleh sebab itu roh menjadi syarat adanya kehidupan, jika roh pergi dari jasad maka kehidupan akan ikut pergi bersamanya.

( Kitab :Kiamat Kecil dan tanda-tanda kiamat besar)

27 Mac 2010

Mengkritisi Kristen, Al-Azhar Larang Buku-Buku Ahmad Deedat di Cetak Ulang
 Jumat, 26/03/2010 16:05 WIB

Menurut laporan, akademi riset Islam Al-Azhar menganggap argumen-argumen Ahmad Deedat di dalam buku-bukunya terhadap sudut pandang AL-Quran, argumen yang lemah, dan kebanyakan buku-bukunya dapat membuat umat kristen tersinggung, dan untuk mencegah timbulnya ekses dari buku-buku Ahmad Deedat maka buku-buku tersebut dilarang diterbitkan lagi.
( http://www.eramuslim.com//berita/dunia/)



21 BUAH KITAB AHMAD DEEDAT YANG SAYA MILIKI..
SAYA AKUI BAHAWA SAYA ADALAH PENGIKUT SETIA BELIAU

26 Mac 2010

Mimpi Ngeri

Apa yang telah dilihat dan diceritakan oleh Rasulullah saw mengenai mimpinya (Rujuk- Sahih Bukhari)


i-Nabi melihat : Seorang lelaki yang duduk dan seorang lagi berdiri dengan membawa paku dari besi, paku dari besi dimasukkan ke dalam rahang hingga menembusi tengkorak kepalanya, lalu dilakukan pada rahang yang lain seperti itu juga hingga menembusi rahangnya. Lalu ia mencabut paku itu dan melakukan hal yang serupa berkali-kali.
Malaikat mentafsirkan :Adapun yang kamu lihat berupa seorang yang merobek rahangnya adalah pendusta yang suka berdusta. Dia akan terus melakukan seperti itu hingga ke hari kiamat.

ii-Nabi melihat: Seorang lelaki yang tidur di atas tengkoknya dan lelaki yang berdiri di atas kepalanya dengan membawa batu besar. Lalu dia memecahkan kepalanya dengan batu tersebut. Ketika memukulnya batu itu menggelincir, lalu dia pergi untuk mengambilnya lagi. Dia tidak akan kembali sehingga kepala yang pecah itu kembali elok semua, lalu dipukulnya lagi.
Malaikat mentafsirkan:Adapun yang kamu lihat seorang lelaki yang sedang dipecahkan kepalanya adalah seorang yang Allah SWT telah mengajar Al-Quran kepadanya, namun dia tidur pada malam hari dan tidak mengamalkannya pada siang hari.Dia akan melakukan hal itu sehingga ke hari kiamat.

iii-Nabi melihat : Kami pergi menuju lubang seperti cahaya yang atas dan bawahnya sempit serta di bawahnya ada api yang menyala. ketika api mendekat, maka mereka naik dan berusaha untuk keluar, namun ketika apinya padam, mereka kembali lagi . Di dalamnya ada lelaki dan perempuan yang telanjang.
Malaikat mentafsirkan : Adapun orang yang kamu lihat berada di dalam lubang, mereka adalah para penzina.

iv-Nabi Melihat: Sungai darah di dalamnya terdapat seorang lelaki yang berdiri, dan di tepi sungai ituada seorang lelaki yangt kedua tangannya ada batu, apabila lelaki yang di dalam sungai itu hendak keluar, maka lelaki yang berdiri di tepi sungai itu membalingnya dengan batu agar dia tidak dapat keluar. Setiap kali hendak keluar, maka dia melemparnya dengan batu, agar dia kembali ke tengah sungai darah itu. begitulah seterusnya.
Malaikat mentafsir: orang yang kamu lihat berada di dalam sungai itu mereka adalah pemakan riba. 





(Bersambung..)

24 Mac 2010

1-Hakikat Dajjal :
         Dajjal adalah makhluk Allah yang zahir sama seperti manusia biasa, sifat-sifat utama Dajjal sepertimana yang kita sedia maklum daripada hadis-hadis rasulullah saw adalah seperti berikut, iaitu Dajjal adalah seorang lelaki yang kuat dan gagah, seorang yang buta sebelah matanya dan tertulis perkataan kafir antara kedua matanya, rambutnya kerinting, kulitnya berwarna  kemerah-merahan. tutur katanya mempersona dan boleh manarik manusia kepada kebatilan yang dibawanya. Dajjal mengaku sebagai tuhan, ia datang dengan perilaku yang tidak sesuai dengan adat kebiasaan untuk menutup kebatilannya...sila rujuk kitab:( Kiamat kecil tanda-tanda kiamat besar.) karangan Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar .muka surat 180 - 217

Contoh pandangan yang salah tentang Dajjal
(klik tajuk untuk membaca seterusnya)

22 Mac 2010

Makanan di zaman Dajjal

     Sekejap sebelum Dajjal muncul, manusia mendapatkan cubaan yang sangat dahsyat. Pada saat itu langit berhenti menitiskan air hujan dan bumi tidak menumbuhkan tanaman.
       Dalam sunan Ibnu Majah, Sahih Ibnu Khuzaimah, dan Mustadrak al-Hakim disebutkan dari Abu Umamah bahawa baginda Rasulullah saw bersabda :
      'Sebelum Dajjal keluar ada tiga tahun terjadi kepayahan, orang-orang terekena kelaparan yang amat sangat. Pada tahun pertama, Allah SWT memerintahkan langit untuk tidak menurunkan sepertiga hujannya dan memerintahkan bumi untuk tidak menumbuhkan sepertiga tumbuhannya. Lalu pada tahun kedua Allah memerintahkan langit untuk tidak menurunkan dua pertiga air hujannya dan memerintahkan bumi untuk tidak menumbuhkan dua pertiga tumbuhannya. Kemudian pada tahun ketiga Allah memerintahkan langit untuk menurunkan semua air hujannya dan memerintahkan bumi untuk tidak menumbuhkan semua tumbuhannya, sehinggakan tiada sedikitpun kehijauan di muka bumi kecuali apa yang dikehendaki Allah SWT'.
Ditanyakan : Apakah yang menghidupkan manusia pada masa itu ?.
Dijawab : Tahlil, takbir dan tahmid, semua itu mencukupi mereka sebagai makanan.

20 Mac 2010


1-Melihat kemaluan isteri mewarisi sifat buta
 Ibnu Adiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
اذا جامع أحدكم زوجته أو جاريته فلا ينظر الى فرجها فاءنّ ذلك يورث العمى - موضوع 
 Ertinya : Apabila seseorang kamu menyetubuhi isterinya atau jariahnya maka jangan ia melihat kepada kemaluannya kerana yang demikian itu mewarisi sifat buta matanya.(Hadis ini Maudhu)

2-Nabi berselubung semasa bersetubuh dengan isteri beliau 
Abu asy-Syeikh meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw berkata:

ما اتى رسول الله صلّى الله عليه وسلّم أحد من نسائه الاّ متقنعا يرخى الثوب على رأسه وما رايته من رسول الله صلّى الله عليه وسلّم ولا راه منّى -موضوع
Ertinya : Rasulullah saw tidak mengadakan persetubuhan dengan seseorang isterinya melainkan dengan berselubung, beliau melabuhkan kain atas kepalanya, dan aku tidaklah melihat kemaluan rasulullah saw dan beliaupun tidak melihat kemaluanku.(Maudhu) 

* Kedua-dua hadis Maudhu dan palsu di atas selalu kita dengar ianya disampaikan oleh para penceramah agama di dalam negara kita.


19 Mac 2010


1-Bila wang yang diperolehi dibelanjakan ke jalan yang benar.
2-Merasa seronok dengan pekerjaannya. 

3-Tugasan tidak tergantung dan sentiasa selesai dengan baik.

4-Pekerjaannya disenangi oleh orang lain.

5-Sentiasa merasa cukup walaupun hasil yang diperolehi adalah sedikit sedikit.
6-Hati merasa tenang dengan hasil yang diperolehi.


Contoh pekerjaan yang mungkin kurang diberkati Allah
Nama :                              Ahmad bin Abu
Pekerjaan:                        Guru( Ustaz)
Pendapatan/Gaji  pokok :                             RM 4500.00
Simpanan Tabung Haji                                  RM   300.00
Perbelanjaan wajib diri dan keluarga           RM 2000.00
Hutang rumah                                                RM   956.00
Hutang 2 kereta                                            RM 1500.00

                                     Baki wang                RM   -256.00  

Ahmad bin Abu adalah tergolong dalam golongan Al-Gharimin (orang yang berhutang) yang layak untuk mendapat zakat atau bantuan dari Baitumal .       

17 Mac 2010

Kenali yang direka-reka

Sila rujuk kitab Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' Susunan DRS Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris Jilid 1


 1
الأيمان يزيد وينقص -موضوع
Iman itu bertambah dan berkurang
 2
حبّ الوطن من الأيمان -موضوع
Cintakan tanah air sebahagian daripada iman
 3
من عرف نفسه فقد عرف ربّه - موضوع
Sesiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.
 4
رأس الدين الورع -موضوع
Tunggak agama adalah warak.

(Banyak lagi himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu dalam pelbagai bab dan tajuk, pendedahan ringkas ini hanyalah sebagai permulaannya sahaja-Kita wajib mengenali hadis Dhaif dan  Maudhu' kemudian meninggalkannya dalam kehidupan kita seharian)  

14 Mac 2010

Tukang cerita

Faktor-faktor tersebarnya hadis palsu dalam masyarakat islam:
1-Faktor politik
2-Ashabiah
3-Fanatik Mazhab
4-Golongan Zindiq dan munafiq
5-Ahli-ahli Bid'ah
6-Golongan sufi yang keliru dan sesat
7-Ulama' As-Su'
8-Tukang-tukang cerita
9-Orang yang mencari razeki
10-Orang yang mencari nama



 ( Ustaz Budak- myceramah.com-hanya gambar hiasan tiada kena mengena dengan tajuk ini )


Tukang cerita
Pendongen dan penglipu lara banyak mencipta hadis-hadis palsu yang mengandungi kisah-kisah yang aneh ajaib untuk menarik perhatian orang.
Diriwayatkan ,Bahawa Imam Ahmad dan Ibnu Ma'in bersolat di dalam masjid Rasafah. Setelah selesai solat bangunlah tukang cerita di tengah-tengah orang ramai lalu bercerita : 
"Kami diberitakan oleh Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in yang berkata : Kami diberitakan oleh Abdur Razaq dari Ma'mar dari Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah saw bersabda: " Sesiapa yang mengucapkan 'La ilaha ilallah' nescaya Allah menjadikan dari tiap-tiap kalimah seekor burung, paruhnya dari emas dan bulunya dari marjan. kemudian orang itu bercerita kira-kira dua puluh halaman kertas. 
Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in saling berpandangan. 
Ahmad bertanya Ibnu Ma'in: Engkaukah yang menceritakan hadis itu kepadanya?. 
Ibnu Ma'in menjawab: Demi Allah, baru sekarang inilah saya mendengarnya. 
Setelah selesai orang itu bercerita,maka Ibnu Ma'in memberi isyarat kepadanya lalu ia datang kepada Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma'in. 
Berkata Ibnu Ma'in: Siapakah yang memberitahu hadis itu kepadamu?.
Orang itu menjawab: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in. 
Ibnu Ma'in berkata: Sayalah Ibnu Ma'in dan inilah Ahmad bin Hanbal. Kami tidak pernah mendengar sama sekali hadis itu dari rasulullah saw. 
Orang itu menjawab: Saya selalu dengar bahawa Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in adalah orang bebal, baru sekarang inilah saya dapat mempastikannya. 
Yahya bertanya : Mengapa demikian? 
Ia menjawab: Seakan-akan di dunia ini tidak ada Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in selain kamu berdua. Sesungguhnya hadis ini telah ditulis dari tujuh belas orang yang bernama Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma'in. 

12 Mac 2010


Solat Sunat Duha anak kunci pintu razeki

1-Masa:
Solat ini dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, iaitu jam 8.00 pagi sehingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zohor.

2-Bilangan rakaat:
Dikerjakan dua,empat,enam atau lapan rakaat. Rasulullah saw bersolat duha dua rakaat ketika terbit matahari dan empat rakaat ketika matahari naik pertengahan sedikit

3-Lafaz niat
أصلّى سنّة الضّحى ركعتين لله تعالى
 Sengaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Taala

4-Bacaan
selepas Al-fatihah rakaat pertama surah Al-Syams
selepas Al-Fatihah rakaat kedua surah Al-Duha
semasa sujud terakhir bacalah doa ini sebanyak 40 kali

وهب لى يا وهّاب علما وحكمة وارزقنى يا رزّاق كن لى مسهّل

5-  Doa selepas salam
اللهمّ انّ الضّحاء ضحاءك والبهاء بهاءك والجمال جمالك والقوّة قوّتك والقدرة قدرتك والعصمة عصمتك  اللهمّ ان كان رزقى فى السّماء فأنزله  وان كان فى الأرض فأخرجه وان كان معسّرا فيسره  فان كان حراما فطهّره  وان كان بعيدا فقرّبه  بحقّ ضحاءك وبهاءك وجمالك وقوّتك وقدرتك اتنى ما اتيت عبادك الصّالحين

Ya Allah sesungguhnya waktu duha itu waktu duha Mu, kecantikan itu kecantikan Mu, keindahan itu keindahan Mu, kekuatan itu kekuatan Mu, kekuasaan itu kekuasaan Mu, dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika razeki ku masih di langit ,turunkanlah dan jika masih di dalam bumi maka keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh

10 Mac 2010

Rahsia Air Mani


Dan pada diri kamu maka mengapa kamu tidak melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT
(Az-Zariat 21)
Bukankah kamu berasal dari air mani yang dipancutkan
(Al-Qiyamah 37)
Bukankah Kami telah mencipta kamu dari air yang hina
(Al-Mursalat 20)

APA YANG IMAM GHAZALI SURUH KITA FIKIRKAN TENTANG AIR MANI

1-Bagaimana Allah mengeluarkannya dari tulang punggung pihak lelaki dan tulang rusuk pihak perempuan.
2-Bagaimana Allah mengumpulkan kedua jenis ini(Lelaki dan wanita) dan keduanya diberi rasa saling cinta-mencintai.
3-Bagaimana Allah membimbing mereka itu dengan rantai kecintaan tadi,lalu berubah menjadi shawat untuk bersetubuh.
4-Bagaimana Allah mengeluarkan air mani itu dengan adanya gerak persetubuhan.
5-Bagaiman Allah menarik darah haid dari dasar urat-urat kemudian Allah kumpulkan di dalam rahim ibu.
6-Bagaimana Allah jadikan seorang bayi dari setitis air mani yang ditumpahkan tadi, disiram dengan darah haid. Anak itu diberi makan sehingga makin hari makin besar pertumbuhannya.
7-Bagaimana Allah membuat air mani yang asalnya berwarna putih yang berkilat ,lalu menjadi segumpal darah yang merah.
8-Bagaimana Allah menjadikan segumpal darah yang merah ini menjadi sekepal daging.
9-Bagaiman Allah membahagikan setiap bahagian air mani tadi, padahal , asalnya sama sahaja bentuk atomnya, tiba-tiba ada yang menjadi tulang belulang, otot, urat nadi, urat saraf yang halus dan daging.
10-Bagaimana Allah menyusunkan anggota lahir kita ini yang terdiri dari daging, otot dan urat-urat. Lihatlah keanehannya , kepala dijadikan bulat, telinga ,mata hidung dan mulut dijadikan berlubang, kecil besarnya menurut keperluan masing-masing.
Juga ada lubang-lubang lain lagi seperti yang ada di bawah. tangan dan kaki dibuat oleh Allah dalam bentuk panjang. hujung tangan dan kaki diberi jari-jemari dan setiap jari dibahagikan pula kepada ruas-ruas yang tertentu menurut kepentingannya.
11-Bagaimana anggota bahagian dalam disusun oleh Allah SWT begitu rapi sekali. hati, jantung, perut, paru-paru, buah pinggang, usus dan sebagainya. Setiap jenis dari anggota-anggota dalam ini diberikan bentuk yang khusus, ukuran besar kecilnya yang khusus dan dapat digunakan untuk pekerjaan yang khusus.
bagi setiap anggota ini jika diperiksa dengan teliti, akan menampakkan betapa banyaknya keanehan dan keajaiban yang terkandung di dalamnya. tanda-tanda kekuasaan Allah penuh di situ.andai kata kita hendak menulisnya satu persatu,rasanya seumur hidup kita pun kita tidak akan selesai mengerjakannya.
 SUBHANNALLAH  
 

07 Mac 2010

Muktazilah

Pengenalan mazhab Muktazilah  
      Muktazilah adalah salah satu mazhab dalam ilmu aqidah yang berpegang kuat kepada dasar kebebasan berfikir dan cuba melepaskan umat islam daripada belenggu taklid buta.
        Pengasas mazhab ini bernama Wasil Bin Ata ( 80 - 180 hijrah) pada mulanya dia berguru dengan Hasan Al-Basri (23-110 hijrah) kemudian menyisihkan diri lalu berpisah daripada gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya dalam masalah orang islam yang melakukan dosa. Pada suatu hari ketika Imam Hasan Al-Basri sedang mengajar di masjid, tiba-tiba seorang pendengar bertanya : Apakah hukum orang yang melakukan dosa besar dan mati sebelum ia bertaubat?. Belumpun sempat gurunya memberi jawapan, Wasil terlebih dahulu berkata : Bahawa orang itu bukan mukmin dan bukan kafir, tetapi di tengah-tengah di antara keduanya. Sedangkan gurunya berpendapat bahawa manusia itu ada tiga macam: Mukmin, kafir dan munafik.
        Setelah berlaku perselisihan faham tersebut Hasan Al-Basri telah menghalau muridnya itu dan tidak membenarkannya mengikuti pengajarannya lagi sambil berkata Wasil telah mengasingkan diri (iktizal) daripada kita, dan daripada perkataan inilah diambil perkataan Muktazilah yang menjadi nama golongan ini. selepas itu Wasil membuat pengajaran sendiri dan mendapat pengikut yang ramai pula.

Fahaman Muktazilah:

1-Tuhan tidak bersifat dengan mana-mana sifat bahkan segalanya dengan zatNya sahaja.

2-Tuhan itu bersifat adil dan mesti membalas baik kepada orang yang membuat baik demikian juga sebaliknya.

3-Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendaknya.

4- Tuhan wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baik.

5-Al-Quran itu baharu dan bukan qadim.

6-Tuhan tidak dapat dilihat oleh manusia baik di dunia mahupun di akhirat kelak.pendapat mereka berdasarkan firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 143
( قال ربّ أرنى أنظو اليك قال لن ترانى )
Maksudnya: (Nabi Musa bermohon kepada Tuhan) Wahai Tuhan ku, perlihatkanlah Zat engkau kepada ku supaya aku dapat menlihat Engkau, jawab Allah " Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku".

Mereka juga berpegang pada satu lagi ayat Allah dalam surah Al-An am ayat 103 yang bermaksud :
"Zat Allah itu tidak boleh dicapai oleh penglihatan sedangkan Allah mencapai penglihatan, dan Dia Maha lembut dan Maha perkasa."

Jasa Muktazilah:
        Mazhab Muktazilah adalah yang mula-mula mencipta ilmu kalam dalam islam. Mereka yang pertama menggunakan senjata musuh dalam mempertahankan kesucian aqidah islam dengan mengambil ilmu-ilmu falsafah dan mantiq daripada orang-orang Yahudi,Nasrani dan Majusi. keadaan ini berlaku kira-kira awal kurun kedua hijrah. Wasil bersama rakan-rakannya telah bergiat  menentang hujah-hujah musuh dengan menggunakan senjata mereka itu sendiri untuk menikam mereka. tegasnya jasa Muktazilah sangat besar dalam mempertahankan kesucian islam di abad yang silam.
[Ini adalah petikan daripada kuliah subuh yang telah saya sampaikan di surau 6 Mac 2010]

06 Mac 2010

PERKARA PELIK NI BETUL-BETUL BERLAKU DALAM SALASILAH KELUARGA SAYA, IA BERMULA DENGAN SATU PERKAHWINAN YANG PELIK, IAITU:

1-ATOK MAK SAYA YANG BERNAMA "MAT DAHAN" BERKAHWIN DENGAN IBU MERTUA MAK SAYA IAITU NENEK SAYA SEBELAH BAPA YANG BERNAMA "ROKIAH".

2-APAKAH STATUS NENEK SAYA SEBELAH BAPA DENGAN SAYA.?

3-APAKAH STATUS MAT DAHAN TU DENGAN SAYA?

4-APAKAH STATUS IBU SAYA DENGAN MAT DAHAN?

5-APAKAH SAYA MEMPUNYAI 3 DATUK SERENTAK


Kalaulah mereka baca hadis ini

انّ النّبىّ صلى الله عليه وسلّم قال: من وجدتموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلو الفاعل والمفعول به ومن وجدتموه وقع على بهيمة فاقتلوه واقتلوا بهيمة - رواه أحمد واربعة
Ertinnya : Bahawasanya baginda Rasulullah saw bersabda:"Sesiapa yang bertemu dengan mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut (Liwat) maka hendaklah kamu membunuh pelakunya dan yang dilakukan dengannya, dan sesiapa yang bertemu dengan orang  yang bersetubuh dengan binatang maka hendaklah kamu membunuhnya serta kamu membunuh binatang itu. dan kerana tidak membunuh binatang itu boleh mengingatkan akan perbuatan buruk itu ini akan menjadi aib kepada tuan punya binatang itu".
 

05 Mac 2010


Himpunan kata-kata hikmah dan nasihat bijak pandai yang sempat saya kumpul semenjak zaman saya belajar dahulu
1-Zu Nun Al Misri
Jangan kamu bersahabat dengan Allah kecuali kamu bersetuju denganNya
Jangan kamu bersahabat bersama makhluk kecuali kamu selalu menasihatinya
Jangan kamu bersahabat dengan nafsu kecuali kamu berselisih dengannya
Jangan kamu bersahabat dengan syaitan kecuali kamu berperang dengannya

2-Abu Yazid Al-Bastami
" Sesiapa yang tidak berguru maka gurunya adalah syaitan "

3-Syaidina Ali Karramallahuwajhah
Hakikat taqwa ialah:

الخوف من الجليل
والعمل بالتنزيل
والرضا بالقليل
والاستعداد ليوم الرحيل

4-ٍSyeikh Muhammad Ilyas
"Keindahan islam tertutup kerana keburukan akhlak penganutnya"

5-Hasan Al-Banna
" Sesungguhnya kewajipanku lebih banyak daripada masa yang ku miliki "

Banyak lagi himpunan kata-kata hikmah dan nasihat pendek yang berada dalam simpanan saya, insyaAllah ia akan dipamerkan dari masa ke semasa.

03 Mac 2010

1-Razeki dan ajal adalah dua pasangan kembar yang selalu mengejar seorang manusia, razeki Abu atau Minah  tidak akan habis selagi ajal tidak datang  menemui kedua-duanya.

2-Di lauhhulmahfuz mungkin Allah SWT telah mencatatkan bahawa kita adalah seorang jutawan, tetapi oleh kerana usaha kita untuk menjadi seorang jutawan itu tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh Alla SWT maka segala razeki yang diperuntukkan untuk kita itu telah dialih dan diagihkan kepada orang lain atau makhluk-makhluk Allah SWT yang lain seperti kucing-ayam-semut babi dan sebagainya.

3-Razeki kita adakalanya tertulis di dalam buku catatan orang lain dan razeki orang lain adakalanya tertulis di dalam buku catatan kita[ zakat-sedekah-hibah -hadiah dan lain-lain]

4-Di dalam Islam selain daripada berkerja keras untuk mencari razeki yang halal, Allah SWT juga telah menjadikan beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab kepada turunya razeki daripadaNya, antaranya:
-Solat sunat Duha
-Membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam
-Menghubungkan silaturrahim.
-Melakukan ibadat wajib dengan sempurna.
-Selalu melakukan perkara-perkara yang makruf.
-Zikir Asmaulhusna "Ar-Razzaq " dan lain-lain lagi

02 Mac 2010

Di manakah kemuncak kehidupan

" Life begin at fourty " adalah falsapah orang puteh, adapun bagi kita umat islam kemuncak kehidupan kita adalah pada usia 33 tahun. Bermulanya Usia kita 1 hari dari hari kelahiran hingga ke 33 tahun adalah usia menaik dalam kehidupan seorang muslim, adapun bila bermulanya bilangan usia dari 34 tahun hingga ke 66 tahun ia adalah usia menurun bagi seseorang muslim.
         Dalam urusan kehidupan kita seharian maka kita mestilah berpandukan kepada kehidupan Rasulullah saw, jika Rasulullah saw wafat pada usia 66 tahun, maka 33 tahun adalah kemuncak daripada usianya, maka begitulah kehidupan kita hari ini ,usia 33 tahun adalah kemuncak kehidupan dan 66 tahun adalah usia kematian, bahkan jangka hayat kita hari lebih pendek daripada jangka hayat Rasulullah saw, faktor-faktor pendorong kepada  kematian di zaman kita hari ini adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan faktor kematian di zaman Rasulullah saw.  Ayuhlah kalian..Berubahlah dan sedarlah ...Jika ada sesiapa yang telah berusia melebihi 33 tahun, sesungguhnya anda telah matang dan sedang menuju ke usia tua, usahlah lagi anda berangan untuk menggatal pada usia 40 tahun, kerana pada saat itu sebenarnya anda telah tergolong dalam kategori warga tua dan malaikat maut mungkin sedang mengunjungi anda melebihi 70 kali dalam setiap hari.

;;