29 Mac 2010

Selagi hidup kita tetap bersamanya

 

MARI MENGENALI ROH 

Soalan soalan asas mengenai roh:
1-Apakah roh itu?
2-Apakah ada cara untuk mengenali roh? 
3-Apakah roh satu bahagian daripada tubuh badan kita atau sesuatu lain yang berbeza sama sekali?
4-Apabila roh berbeza dengan tubuh, di manakah tempatnya?
5-Apakah roh adalah makhluk?
6-Adakah manusia mempunyai satu roh atau banyak roh? 
7-Apakah roh akan mati dan bagaimanakah kematiannya? 
8-Di manakah tempat menetapnya roh di alam barzakh?

Pandangan Ibnu Taimiyah mengenai roh:
Roh adalah pengatur tubuh badan yang akan berpisah dengan tubuh kerana kematian.jiwa dan roh adalah sesuatu yang dicabut daripada badan bila berlaku kematian, ia akan diberi kenikmatan atau kesiksaan. Ia adalah makhluk yang mana kehidupan ada padanya. kehidupan pergi bersama perginya ia. Roh adalah udara yang masuk kedalam tubuh dan udara yang keluar daripada tubuh.

Sifat-sifat roh
Roh adalah makhluk yang tidak dapat dilihat, jadi kita tidak dapat mengentahui sifatnya dengan jelas. Allah SWT memberitahu bahawa roh dapat naik dan turun,mendengar,melihat dan berbicara kepada yang lain. Rasulullah mengatakan bahawa roh akan dinaikkan menuju langit yang tinggi lalu dikembalikan ke kubur pada suatu saat. roh akan mendapat kenikmatan atau seksaan di dalam kubur

Saat berpisahnya roh daripada badan
 Malaikat maut mencabut roh, dan malaikat meletakkannya di dalam kain kafan dari syurga atau neraka sesuai dengan ketentuan untuk keselamatan atau kerosakannya, dia membawanya dalam perjalanan luhur menuju langit, akan dibuka pintu  langit untuknya jika ia adalah roh yang baik dan akan ditutup pintunya apabila ia adalah roh yang jahat. Lalu roh akan dikembalikan pada jasadnya, ditanya dan diseksa atau diberi kenikmatan. Adapun roh para syuhada' akan menjadi burung yang berwarna hijau dan roh kaum mukmin menjadi burung yang bertenggek di pohon syurga. Seseungguhnya ketika roh dicabut ,maka mata akan mengikutinya.
Dimanakah tempat tinggalnya roh di dalam badan kita
Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa roh tidak hanya tertumpu pada suatu tempat di dalam jasad, akan tetapi roh mengalir ke dalam jasad seperti mengalirnya darah yang menjadi punca kehidupan seluruh jasad.oleh sebab itu roh menjadi syarat adanya kehidupan, jika roh pergi dari jasad maka kehidupan akan ikut pergi bersamanya.

( Kitab :Kiamat Kecil dan tanda-tanda kiamat besar)

0 Comments:

Post a Comment