09 April 2010

3 cara pembuat hadis membuat hadis palsu



Ada tiga cara membuat hadis palsu:
1-Membuat hadis dengan lafaz  sendiri dan dengan fikiran sendiri. seperti:

حبّ الوطن من الاءيمان
( Cintakan tanahair sebahagian dari iman)

Hadis ini dibuat oleh orang-orang yang fanatik kepada kebangsaan dan yang mengajak orang ke arah kebangsaan hingga lahir slogan-slogan : Turki untuk orang Turki. Mesir untuk orang Mesir dan Malaysia untuk orang Melayu sahaja dan lain-lain lagi.

2-Dengan mengambil perkataan as-Salafus-Soleh, hukama' atau tabib lalu dibangsakan kepada Nabi saw. umpamanya: 
1
حبّ الدّنيا رأس كلّ خطيئة 
( Cintakan dunia adalah punca segala kesalahan)

Menurut Al-Iraqi perkataan ini berasal dari perkataan Malik bin Dinar seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Abi Dunya.Al-Baihaqi mengatakan perkataan ini adalah berasal dari perkataan Isa Bin Maryam. 
2
المعدة بيت الدّاء والحميّة رأس كلّ الدّاء
( Perut adalah rumah penyakit dan berpantang itu adalah kepala segala ubat)

Perkataan ini adalah perkataan seorang tabib Arab yang terkenal iaitu al-Harith bin Kaldah.

من عرف نفسه فقد عرف ربه
( Sesiapa yang mengenali dirinya, maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya)

Perkataan ini adalah perkataan hukama' yang dibangsakan kepada Nabi saw.

4
ما رأى المسلمون حسنا فهو عند الله حسن . وما رأه المسلمون سيّئا فهو عند الله سيّئ
( Apa-apa yang dipandang baik oleh seorang islam ,maka baiklah ia di sisi Allah . Dan apa-apa yang dipandang buruk oleh seorang islam,maka ia buruklah di sisi Allah .) 

3-Perawi mengambil sebuah Hadis yang dhaif sanadnya lalu dibuatnya sanad lain yang sahih supaya hadis yang dhaif itu kelihatan sahih.

0 Comments:

Post a Comment