28 April 2010

Cara berjalan yang betul

Cara berjalan Rasulullah saw dan para sahabatnya
   

     Rasulullah saw dan para sahabatnya berjalan di muka bumi dalam keadaan rendah hati, tawaduk dan kemah kembut, mereka berjalan dengan penuh kewibawaan dan kehormatan. Tidak dengan sikap sombong dan semahunya sendiri, mereka tidak merasa lebih tinggi daripada sesiapapun, mereka dan tidak bongkak. Mereka berjalan sebagai seorang yang mengentahui bahawa mereka berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah pula. Mereka menghayati peringatan Allah SWT semasa berjalan, iaitu:

" Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi,dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang."
( Surah al-israa': 37)
 Mereka tahu bahawa mereka tidak mampu menembusi bumi sekalipun mereka memanjangkan kaki-kaki mereka. Mereka juga tahu bahawa mereka tidak mampu menyamai ketinggian gunung sekalipun mereka menjulurkan leher atau mendongakkan kepala mereka. Mereka juga selalu menghayati wasiat Luqmanul hakim kepada puteranya semasa berjalan, kata Luqmanul hakim: 
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan takabur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu semasa berkata-kata sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara kaldai"
( Surah Luqman. ayat 18-19)

Abu Hurairah ra berkata : "Aku tidak melihat sesuatu pun yang lebih bagus daripada diri Rasulullah saw seolah-olah aku melihat matahari berjalan di muka baginda, Aku juga tidak melihat seseorang yang berjalan lebih cepat jalannya daripada baginda, seakan-akan bumi menjadi turun di hadapan baginda. Kami sudah berusaha untuk menyeimbangi baginda, tapi baginda seperti tidak mempedulikan"
Rasulullah saw dan para sahabat terdekat baginda tidak berjalan seperti orang dalam kesakitan ataupun lambat. Maksud cepatnya cara berjalan mereka bukanlah bererti cara berjalan yang menghilangkan kewibawaan, iaitu berjalan terlalu cepat, tetapi sederhana antara keduanya.

Pernah suatu hari Umar melihat seorang pemuda yang berjalan perlaha-lahan, dia bertanya :
"Apakah engkau sakit?
Pemuda itu menjawab: " Aku tidak sakit." 
lalu Umar berkata: " Kalau begitu engkau jangan berjalan seperti itu".

Salah seorang sahabat wanita melihat sekumpulan anak muda berjalan perlahan-lahan. Lalu dia pun bertanya: " Siapakah mereka itu?"
Lalu dijawab: " Mereka adalah para pemuda ahli ibadah".
Sahabat wanita itu berkata: " Demi Allah, jika berjalan Umar adalah orang yang paling cepat. Jika berkata, suaranya paling lantang. Jika memukul, maka pukulannya menyakitkan. tapi dia juga seorang ahli ibadat yang sebenarnya."

Cara berjalan orang yang sombong
    " Ada seseorang di antara orang-orang sebelum kamu yang berjalan dengan sombong sambil mengenakan dua jubahnya dan takjub kepada diri sendiri, maka Allah membenamkannya ke dalam tanah, dan dia tenggelam di sana hingga hari kiamat" ( Riwayat Muslis) 

          Ingatlah kisah Qarun seorang jutawan dan hartawan yang keluar dari rumahnya dan berjalan dengan penuh sombong dan bergaya, lalu Allah SWT tenggelamkan dia ke dalam bumi bersama segala harta dan perhiasannya, maka segala harta dan kemewahannya tidak dapat menyelamatkan dirinya dari murka Allah SWT.( Surah al-qasas ayat 81)

0 Comments:

Post a Comment