03 April 2010


Dalam permasalahan ini kelompok ulama islam terbahagi kepada beberapa pendapat ,iaitu:
 Pertama: Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Roh berpisah dari badan ,namun masih berhubungan dengannya. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa nikmat dan seksa dikenakan pada jiwa dan badan, sesuai dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah bahawa jiwa mendapat kenikmatan dan seksaan terpisah dari badan. Namun seksaan dapat dirasakan oleh badan kerana badan masih berhubungan dengan roh, jadi kenikmatan dan seksaan dikenakan pada keduanya dalam keadaan ini, sebagaimana roh terpisah dari badan.

Kedua: Pendapat majoriti ahli kalam dari kaum mu'tazilah dan lain-lainnya
Golongan ini mengingkari nikmat dan seksa kubur. mereka mengingkari adanya roh yang berpisah dari jasad. Menurut mereka roh adalah kehidupan. Oleh itu mengikut pandangan mereka, tidak ada roh setelah kematian. Tidak nikmat dan seksa kubur hinggalah Allah membangkitkan mereka.

Ketiga: Pendapat kaum Filosof-
Mereka berpendapat bahawa kenikmatan dan seksaan hanya dikenakan pada roh sahaja dan badan tidak merasakan kenikmatan atau seksaan.

Keempat: Pendapat sebahagian ahli kalam:
Sesungguhnya yang dikenakaan nikmat dan seksa di dalam kubur adalah badan sahaja. Sekelompok ahli hadis juga berpendapat demikian, di antaranya Ibnu Za'uny

0 Comments:

Post a Comment