27 Mei 2010

Bukti ketakutan Jin kepada seorang Ulama

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Imam Ahmad sedang duduk-duduk di dalam masjidnya. Tiba-tiba datang seorang seorang teman rapatnya yang diutuskan oleh Khalifah Al-Mutawakil.

" Wahai Imam! Di rumah amirul Mukminin ada seorang jariah baginda yang sedang dirasuk syaitan. Baginda mengutuskan saya untuk meminta tuan agar berdoa untuk kesihatannya" kata temannya itu.

Imam Ahmad memberikan sepasang terompah kayu kepada temannya sambil berkata:
" Pergi ke rumah Amirul Mukminin dan duduklah di sisi kepada jariah yang sedang sakit itu, kemudian katakan kepada jin : wahai jin Imam Ahmad berkata kepadamu, yang mana satu yang engkau suka, keluar dari tubuh jariah ini atau aku tampar engkau dengan terompah ini sebanyak 70 kali"
orang itu pergi ke rumah khalifah dengan membawa terompah kayu dari Imam Ahmad. kemudian dia duduk di sisi kepala jariah dan mengucapkan kata-kata seperti yang diucapkan oleh Imam Ahmad.

Maka berkatalah jin yang merasuk melalui lisan si jariah: " Aku mendengar dan taat kepada Imam Ahmad. Sekiranya beliau menyuruh aku keluar dari negeri raq inipun, nescaya aku keluar kerana beliau adalah seorang yang taat kepada Allah sedangkan sesiapa yang taat kepada Allah akan dipatuhi segala sesuatu".

Selepas berkata demikian, jin itu keluar dan jariah tersebut sembuh kembali dan melahirkan beberapa anak khalifah.

           Beberapa tahun kemudian, Imam Ahmad meninggal dunia. Tiba-tiba jin itu datang lagi dan merasuk tubuh jariah tersebut buat kali kedua. Kerana Imam Ahmad sudah tidak ada, khalifah menyuruh teman Imam Ahmad agar melakukan seperti ketika masih ada Imam Ahmad. Maka teman itu duduk di sisi kepala jariah yang sakit dengan memegang terompah kayu dari Imam Ahmad.
" Hai jin! keluarlah engkau, Kalau tidak,engkau ku pukul dengan terompah ini sebanyak 70 kali", kata orang itu.
          Tiba-tiba jin itu menjawab melalui mulut jariah yang dirasuk itu: "Aku tidak akan tunduk kepadamu dan tidak akan keluar dari sini. Adapun Imam Ahmad adalah seorang yang taat kepada Allah maka aku diperintahkan untuk tunduk kepadanya." 

       Maka tetaplah jin itu di tubuh si jariah kerana dia tahu yang menyuruh keluar bukan Imam Ahmad sebab beliau telah meninggal dunia.

0 Comments:

Post a Comment