Siri 2 : Qawa'id Fiqhiyyah
المشقّة تجلب التّيسير"Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan"
7 Jenis kesukaran
1-kekurangan-Seperti orang gila, kanak-kanak dan wanita yang tidak ditaklifkan dengan solat berjemaah..
2-Jahil atau tidak mengentahui:Membatalkan pernikahan setelah didapati salah seorang pasangan menyembunyikan kecacatan .
3-Sakit- Dibolehkan bertayamum bagi seseorang yang sakit yang tidak boleh terkena air.
4-Musafir- Dibolehkan solat Jamak atau Qasar bagi para musafir
5-Terlupa - Tidak perlu qadak puasa bagi seseorang makan siang hari kerana terlupa.
6-Paksaan-Tidak menjatuhkan aqidah seseorang yang dipaksa untuk melafazkan kalimah kufur.
7-Umum Balwa-Dimaafkan sedikit penipuan dalam urusan jual beli.
7 Jenis kelonggaran
1-Penguguran :Digugurkan hukum sembahyang jumaat, puasa dan haji kerana keuzuran tertentu.
2-Pengurangan: Dikurangkan sembahyang empat rakaat kepada dua rakaat kerana musafir.
3-Penggantian: Diganti wuduk dengan tayammum kerana sakit atau ketiadaan air.
4-Taqdim atau pendahuluan: Solat Jamak taqdim
5-Pengurangan atau Takhir : Solat jamak Takhir.
6-Kelonggaran: Diharuskan minum arak kerana tercekik kerongkong ketika ketiadaan air yang halal.
7-Perubahan: Perubahan cara solat semasa dalam peperangan.