01 Jun 2010

Makan Kurma Sehingga Mati


       Al-Khataib menceritakan sebab kematian Imam Muslim:
Suatu hari Imam Muslim menghadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu hadis kepada Imam Muslim, tetapi beliau tidak mengentahui akan hadis tersebut. beliau balik dengan tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan hadisnya.  

         Sesampai di rumahnya, beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu, " Sesiapa pun tidak boleh masuk menemuiku pada malam ini". Kata Imam Muslim kepada keluarganya. Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun dibawa masuk ke dalam biliknya.  

         Mulailah beliau menyemak catatan-catatan hadisnya. Apabila selesai membaca satu hadis beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. Kemudian membaca satu hadis lagi lalu mencapai sebijik kurma dan memakannya. Demikianlah seterusnya sehingga pagi tanpa disedarinya satu bakul kurma telah habis dimakannya. Akibatnya beliau mengalami sakit perut yang serius sehingga membawa kepada ajalnya. Maka pada hari Ahad malam Isnin 25 Rejab 261 hijrah 875 Masihi imam besar itu telah wafat dan dikebumikan pada esok harinya.

0 Comments:

Post a Comment