06 Jun 2010

Mendalami ilmu Usul Fiqh

5-Qaedah Usul Fiqh 

العادة محكمة

( Adat dijadikan sebagai rujukan hukum)

Contoh:
 Larangan mengambil upah mengajar al-quran adalah Fatwa yang dikeluarkan oleh para ulamak Mutaqadimin, tetapi setelah berlaku perubahan uruf dan adat maka para ulamak mutaakhirin memberi fatwa harus mengambil upah mengajar al-quran agar pengajian al-quran tidak terhapus.
الأمور بمقاصدها
(Segala perkara bergantung kepada tujuan)

Contoh:
1-Berwuduk atau mandi adakalanya bertujuan untuk menyejukkan badan atau membersihkan anggota badan dan adakalanya untuk beribadat.  
2-Duduk dalam masjid kadang kala kerana beristirehat atau beriktiqaf.

اليقين لا يزال بالشكّ
(Yakin tidak boleh disingkir dengan semata-mata syak)

Contoh:
1-Sesiapa yang yakin taharahnya dan syak pada hadasnya, maka dianggap orang yang masih bersuci. Atau dia yakin berhadas dan syak pada taharah, maka dia dikira orang yang berhadas. 
2-Seseorang yang makan di akhir malam dan syak tentang naik fajar, maka puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal.

المشقة تجلب التيسير
(Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan)
Contoh:
1-Kekurangan : Contohnya tidak dikenakan bebanan syarak keatas orang gila, kanak-kanak dan orang yang tidur.
2-Jahil: Contohnya harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah seorang suami isteri sedangkan aib itu disembunyikan oleh seorang dari mereka, maka yang seorang lagi tidak mengentahui kedudukan yang sebenar.
3-Sakit : Islam membenarkan tayamum ganti dari menggunakan air pada wuduk kerana sakit, begitu juga diharuskan doktor memandang aurat wanita kerana berubat.

الضّرر يزال
(Kemudharatan hendaklah dihilangkan)
Contoh:
1-Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjualnya kerana terdapat kecacatan padanya.
2-Ditahan sapih ( Bodoh) dari mengurus harta sendiri. Dilarang Mufti yang tidak bersopan dari mengeluarkan fatwa  dan dilarang Doktor yang jahil dari merawat orang sakit kerana mereka ini mendatangkan kemudharatan keatas diri mereka dan orang lain





0 Comments:

Post a Comment