04 Jun 2010

1-Ramalan Guru Mursyid Untuk Imam Nawawi
         Ketika kanak-kanak seusianya sibuk bermain, Imam Nawawi yang berusia 10 tahun ketika itu mengelak. Walaupun diajak oleh kawan-kawannya. Sebaliknya belaiau sibuk membaca al-Quran. jarang sekali budak lelaki seusia itu tidak berminat untuk bermain tetapi beliau berbeza. Walaupun dipaksa oleh kawan-kawannya, dia tetap tidak menunjukkan minat.
       Melihat tingkah-lakunya itu seorang alim, Syeikh Yasin Yusuf Marakashi memberitahu gurunya:
" Jagalah budak ini baik-baik kerana dia bakal menjadi seorang ulama besar dan ahli ibadah."

      Guru yang mendengar kata-kata syeikh Yasin itu bertanya : ' Adakah tuan seorang ahli nujum atau penilik nasib?." Jawab Syeikh Yasin : " Bukan..tetapi Allah menghendaki aku mengeluarkan kata-kata itu".

Guru tersebut kemudian menceritakan peristiwa itu kepada bapa beliau. Bapanya pula memang ingin beliau belajar dan mengabdikan dirinya kepada Islam.  Hasilnya Imam Nawawi telah menjadi seorang ulama besar seperti mana yang telah diramalkan si alim itu...Allahu Akbar

2-Ramalan Guru Mursyid untuk Saya 
         Semasa zaman kanak-kanak ketika saya sedang belajar di Tingkatan Peralihan Sekolah Menengah Agama(Arab) Ittifakiah kampung Telosan 16800 Pasir Puteh Kelantan beberapa tahun yang lalu. Mudir sekolah tersebut (Ustaz Ibrahim) telah datang menemui ayah saya di rumah dan berpesan kepada ayah saya, katanya :
" Jagalah budak ini dengan sebaik mungkin kerana suatu hari nanti dia pasti akan dapat menyambung pelajarannya sehingga ke Universiti Al-Azhar Mesir ".

Hasilnya apa yang telah diramalkan oleh Mudir saya itu betul-betul berlaku dalam hidup saya ini, walaupun kehidupan keluarga saya penuh dengan kemiskinan dan kesusahan, tetapi berkat ramalan dan doa ikhlas dari seorang guru mursyid ,maka Allah SWT telah mempermudahkan segala urusan saya untuk belajar di Mesir, dan Alhamdulillah berkat doa ibu-bapa dan guru yang ikhlas, maka saya telah mendapat segulong ijazah dalam tempoh yang singkat sahaja...Alhamdulillah

0 Comments:

Post a Comment