15 Julai 2010

Contoh-contoh hadis Dhaif


1-Ad-Dailami meriwayatkan dari Aisyah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
شعبان شهرى ورمضان شهر الله 
Ertinya : Sya,ban bulanku dan ramadhan bulan Allah..(maudhuk)

2-Ad-Dailami meriwayatkan dari Abu Huraira ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
الصّيائم فى عبادة ما لم يغتب مسلما او يؤذه 
Ertinya : orang yang berpuasa itu berada dalam ibadat selama ia tidak mengumpati atau menyakiti seorang muslim. ( Dhaif Jiddan)

3-Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
الصّيام لا رياء فيه قال الله تعالى : هو لى وأنا أجزى به يدع طعامه وشرابه من أجلى 
Ertinya : Puasa itu tiada riya padanya. Allah berfirman : Dia adalah untukku dan Aku lah yang memberikan ganjarannya, ia meninggalkan makanan dan minumannya kerana Ku.

Ingatan ikhlas Kepada semua para ustaz sila berhati-hati dalam menyampaikan hadis-hadis Rasulullah dalam tazkirah anda di bulan ramadhan nanti. rujuklah kita yang muktabar dan bertanyalah pada yang pakar supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang membohongi Rasulullah saw.

0 Comments:

Post a Comment