main |
sidebar
Pagi Jumaat ini 23 Julai 2010 telah ku capai sedikit kepuasan dalam hidup ini sebagai seorang ustaz apabila aku telah berjaya membawa naik ke pentas seorang murid ku untuk meminpin bacaan yasin di hadapan semua para guru dan pelajar. kepuasan ini amat terasa kerana murid ku ini (Mohd.Naim Bin Muhammad Tingkatan 3C) sebelum ini dikenali sebagai seorang murid nakal dan bermaslah disiplin. beliau pernah digantung sekolah, dibuang sekolah dan pernah dikenakan pelbagai tindakan disiplin oleh pihak sekolah keatasnya. Alhamdulillah dengan sedikit kesabaran telah kucurahkan semasa membinbing dan mendidiknya, maka hasilnya cukup membanggakan.
Ya Allah... Terimalah apa yang ku lakukan ini dengan sebaik-baiknya.Amin
0 Comments:
Post a Comment