13 Julai 2010

Solat dan sains





Solat sebenarnya mempunyai seninya yang tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.Rahsia ketenangan dapat dirasai apabila dapat mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk.

Buku ini juga menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim telah menyiapkan empat modul antaranya adalah 'Komposisi Badan'. Komposisi badan ketika dalam keadaan rukuk, berdiri tegak, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan salam dapat menghasilkan keputusan rawatan pada otot, pelancaran aliran darah, membantu proses pengepaman jantung dan melancarkan aliran darah ke otak.Solat umpama senaman ringan dan berpuasa juga umpama diet yang baik kerana aktiviti ini boleh meningkatkan kadar pembakaran badan dan menurunkan kolestrol badan serta dapat menghindar penyakit jantung dan kegemukan.

0 Comments:

Post a Comment