31 Ogos 2010

Imam dan anda


KEPEMIMPINAN dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam adalah berlandaskan konsep al-Imamah yang bermaksud menghayati kepemimpinan imam dalam solat berjemaah.
Pelantikan seorang imam solat tidak boleh diambil secara mudah, bahkan ia mesti menepati beberapa syarat seperti berilmu, baik bacaan, tidak fasik serta disukai makmum.
Setiap pergerakan imam mesti dipatuhi dan diikuti makmum. Jika pergerakan makmum mendahului imam, maka tidak dikira pahala berjemaah.
Namun begitu, jika imam ada melakukan kesilapan sewaktu mengetuai solat jemaah seperti terlebih atau tertinggal rakaat solat, makmum boleh menegur kesalahan imam dengan kaedah bacaan subhanallah. Jika imam masih melakukan kesalahan selepas ditegur dengan bacaan subhanallah, maka di ketika itu barulah makmum boleh berniat mufaraqah iaitu niat tidak mengikut imam kerana kesilapan yang dilakukan. Makmum tidak dibenarkan terus bermufaraqah sebelum dibetulkan melalui isyarat bacaan subhanallah.Ini peraturan yang diajar syariat Islam berkaitan kepemimpinan dalam solat, maka dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, konsep itu juga menjadi rujukan dan panduan.
Ketaatan seorang pengikut kepada pemimpin atau seorang pekerja kepada majikan bukan
mutlak, namun perlu melihat beberapa etika seperti mana digariskan secara dasarnya oleh al-
Quran dan al-Sunnah. Jika pemimpin tersalah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ketua dengan kesalahan yang bercanggah syariat Islam, terutama ketika dalam memberi sesuatu arahan, maka
pengikut hendaklah dengan penuh diplomasi menegur kesalahan pemimpin dan memperbetulkan
supaya arahan tidak dipatuhi secara membuta tuli. Apabila selepas teguran dilakukan, pemimpin atau ketua masih dengan keangkuhannya, maka di situ tiada lagi ketaatan patut diberikan. Sebagai asas perbincangan, asal ketaatan kepada kepemimpinan adalah wajib. Ini berpandukan kepada firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu.” (Surah al-Nisaa’, ayat 59) Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, maka sesungguhnya dia telah menderhakai Allah, dan sesiapa yang mentaati
pemimpin-pemimpinku, maka dia sesungguhnya mentaatiku, dan sesiapa yang menderhakai
perintah pemimpin-pemimpinku, maka sesungguhnya dia telah menderhakaiku.” (Sahih Bukhari,
Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Hendaklah kamu dengar dan taat kepada perintah
pemimpin walaupun ianya adalah seorang hamba habsyi (dari Habsyah) yang hitam rambutnya
(berwajah hitam).” (Sahih Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Doktor Wahbah al-Zuhayli dalam tafsirnya menyatakan sebahagian ahli tafsir berpendapat, ulil
amri ialah pemerintah dan beliau juga menyebut sebahagian yang lain menjelaskan ulil amri ialah
ulama yang menerangkan hukum syarak kepada masyarakat.
Lantas Ibn al-Arabi mengambil pendapat bahawa ulil amri adalah kedua-dua golongan itu yang
wajib ditaati apabila mereka mengeluarkan sesuatu perintah.
Namun begitu, seperti mana yang dijelaskan bahawa ketaatan kepada golongan pemerintah
bukan mutlak. Dengan sebab itu, Imam Fakr al-Razi menyebut jika berlaku percanggahan pendapat antara
individu atau golongan yang dipimpin dengan pendapat pemerintah, pentadbir mahupun ulama, perkara itu perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah.Hendaklah diambil mana yang bertepatan dengan kehendak sumber wahyu itu. Jika pertelingkahan itu bercanggah dengan ketetapan pedoman wahyu al-Quran dan al-Sunnah, maka suruhan dan arahan ulil amri tidak wajib dipatuhi.Ini bertepatan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mendengar dan taat seorang Muslim (kepada pemerintahnya) adalah wajib sama ada ia suka ataupun tidak selagi mana ia tidak disuruh melakukan perkara maksiat. Apabila diperintah melakukan sesuatu perkara ada unsur kemaksiatan, maka tiada lagi istilah dengar mahupun taat.” (Sahih Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani) Perkara ini diperkuatkan melalui hadis daripada Ubadah bin al-Samit yang bermaksud: “Tidak ada ketaatan kepada perintah orang yang tidak taat kepada Allah.” (Sahih al-Bukhari, Fath al-
Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Pernyataan ini adalah asas panduan dalam memberi ketaatan kepada pemimpin yang dilantik
menguruskan perihal manusia. Sehubungan itu, ketaatan secara membuta tuli adalah dilarang.
Mengikut laporan akhbar dan media massa, terdapat pengikut organisasi, kumpulan, parti politik,
jabatan kerajaan mahupun swasta, sanggup melakukan apa saja arahan daripada pemimpin
mereka sehingga sanggup melakukan pertumpahan darah, penyelewengan akidah dan pelbagai
bentuk kezaliman lain. Begitu juga dengan peningkatan kes rasuah kerana terlalu mentaati pemimpin tanpa melihat suruhan itu bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah Islam mencatatkan Rasulullah SAW dalam banyak keadaan sering melakukan perbincangan bersama sahabat sebelum membuat keputusan kerana Baginda tidak mahu dilihat sebagai pemegang kuasa veto yang setiap arahan wajib dipatuhi sama ada dipersetujui sahabat lain atau sebaliknya. Walaupun Baginda seorang pemimpin negara tetapi dalam membuat keputusan, konsep syura diutamakan supaya ketaatan yang diberikan sahabat ada alasan dan hujah bersesuaian. Contoh, cara menetapkan kaedah menyeru orang Islam menunaikan solat melalui laungan azan,
pelaksanaan cadangan Salman al-Farisi supaya digali parit dalam Perang Khandak,
pembebasan tawanan perang Badar dan bermacam lagi keputusan yang diputuskan Baginda
berdasarkan semangat perbincangan dan bukannya keputusan mutlak.
Begitu juga amalan Khulafa al-Rasyidin, Saidina Abu Bakar al-Siddiq, mengambil keputusan
untuk mengarahkan supaya al-Quran dibukukan menjadi satu mashaf setelah cadangan dan
alasan dikemukakan oleh Saidina Omar al-Khattab.
Saidina Umar al-Khattab sendiri pernah ditegur rakyat kerana keputusannya mengarahkan mahar
kaum wanita dihadkan jumlahnya.
Malah, pernah beliau diajukan pedang oleh rakyat pimpinannya untuk diperbaiki kesalahan yang
mungkin akan dilakukan olehnya sewaktu menjadi khalifah.
Ini membawa maksud khalifah sendiri tidak meminta mereka ditaati secara melampau kerana ia
mengundang pelbagai permasalahan yang timbul baik kepada pemimpin mahupun pengikut.
Seharusnya amalan ini dijadikan contoh dalam mewujudkan suasana kepemimpinan yang telus
dan mempunyai integriti bertepatan tuntutan syariat Islam.
Melihat kepada beban amanah kepemimpinan, Rasulullah SAW melarang umat Islam memintaminta
jawatan kerana ia akan disoal dan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak.
Dalam hal ini, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa setiap daripada
kalangan kamu adalah pengembala dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas gembalaan
kamu.” (Sahih al-Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)
Justeru, kepemimpinan hanya selayaknya diberikan kepada mereka yang betul berkemampuan
memikul amanah berat ini. Jawatan yang disandang bukanlah tiket untuk mendapat
kemasyhuran dan menunjukkan kuasa, tetapi ia tugas yang memerlukan kekuatan fizikal, mental
serta diperkuatkan dengan unsur kerohanian.Tetapi apabila seseorang diberi amanah, hendaklah menjalankannya dengan penuh kejujuran dan tanggungjawab supaya di hari akhirat kelak, pemimpin tidak dipersalahkan oleh pengikut kerana penyalahgunaan kuasa, khianat, rasuah dan sebagainya

sumber.( Berita Harian, 29 Mei 2007-Konsep imam solat asas rujukan pentadbiran)

30 Ogos 2010

Dajjal dan misinya

Salam

Baru-baru ini, masjid selalu saya pergi untuk mengikuti kuliah bulanan telah dirampas kuasa secara mengejut oleh JAIS tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada jemaah masjid itu. Imam dan bilalnya diganti oleh 3 orang ustaz yang bergilir-gilir menjadi Imam dan bilal di masjid itu. Kuliah-kuliah telah dibekukan. Walaupun bacaan mereka amat merdu, majoriti para jemaah tidak suka kepada imam-imam baru itu dan tidak meredhai perbuatan JAIS itu. Namun mereka tetap bersolat bersamanya memandangkan masjid itu dipenuhi oleh pegawai penguatkuasa JAIS dan mata-mata gelap.

1. Adakah perkara ini boleh dilakukan oleh pihak pemerintah pada pandangan Islam ?
2. Saya ada mendengar hadith yang menceritakan tentang orang-orang yang solatnya tak diterima, antaranya kalau tak silap ialah seorang yang menjadi imam tatkala makmumnya membencinya. Jika solatnya tak diterima, bagaimana pula para makmumnya?
3. Apakah yang kaedah yang sesuai dengan al-quran dan hadith yang boleh dilakukan bila terjadi situasi sebegini?
_________________

Salam

Dari segi undang2, semua masjid diletakkan di bawah kuasa JAIS. Mereka berhak utk melakukan sedemikian rupa. Ttp persoalannya adakah apa yg dilakukan oleh JAIS itu mendatangkan manfaat lebih besar berbanding kemudharatan. Al-Ahkam tidak akan menyentuh isu JAIS. Biarlah mereka menilai tindakan mereka sendiri. Mungkin mereka melihat perkara tersebut perlu. Al-Ahkam lebih menumpukan mengenai persoalan fiqh dan cuba utk menjauhkan diri dari isu spt ini demi kebaikan al-ahkam pada masa hadapan juga.WA.

Adapun soalan kedua, mmg terdapat hadis yg dimaksudkan iaitu maksudnya:

1. Dari Anas B Maalik berkata, “Rasulullah saw telah mengutuk 3 perlakuan manusia; seorang lelaki yg mengimami suatu kaum sedang mereka membencinya(dari segi syara’),……….”[HR Imam Tirmidzi]

2. Dari Abu Umamah ra berkata, “Bersabda Rasulullah saw, “3 mcm orang yg sembahyangnya tiada melampaui batas telinganya; ……………………….dan imam yang mengimami kaum yg benci kpdnya.””[HR Tirmidzi dan beliau mengatakan hadis ini hasan gharib]

Imam Syafi’I dalam al-Umm berkata bahawa solat dalam keadaan seperti di atas tetap sah. Segolongan ilmuwan memakruhkan seseorang menjadi imam ketika dibenci oleh orang ramai sekiranya benci itu sesuatu yg dibenarkan oleh syara’ seperti zalim atau sangat jahat. Sekiranya benci itu tidak bersebab, maka org yg membenci imam tersebut mendapat dosa. Imam Ahmad dan Ishaq berkata sekiranya imam itu hanya dibnci oelh 2 3 org sahaja, maka harus hukumnya.

Adapun soalan ketiga, sheikh THTL boleh bagi komentarnya kot. :d

Wassalam

Intisari Bahrul Madzi
Sheikh Idiris al-Marbawi
sumber( http://qasolatjemaah.blogspot.com)



1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.

29 Ogos 2010


Hadis Maudhu’

Dari segi istilah di kalangan ahli usul, hadis maudhu’ ialah:
“Apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk pembohongan dan pendustaan berhubung dengan sesuatu yang baginda tidak pernah ucapkan, lakukan dan ikrarkan.”



Zaman Permulaan Hadis Maudhu’

Pernahkah kita terfikir sejauh mana ilmu agama yang kita miliki.Adakah segala amal ibadah kita mencakupi sumber yang betul? Atau mungkin ia termasuk dalam sumber yang dhaif (lemah) atau maudhu’ (palsu).

Betapa naif pemikiran umat Islam pada hari ini, mereka mudah tertipu dengan sumber-sumber yang tidak sahih. Persepsi yang berbeza dalam menilai seseorang yang membawa ilmu agama bergantung kepada gelaran-gelaran yang hebat contohnya lebai, kiyai, ustaz atau ulama besar.

Pembohongan yang diada-adakan ini boleh membawa kepada amalan bidaah dan khurafat. Ketika pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, umat Islam terbela dengan amalan-amalan yang bersumberkan dalil yang sahih.

Namun, ketegangan yang memecah-belahkan umat Islam berlaku pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiah bin Abi Sufian r.a. Bermula dari saat ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Yahudi, Nasrani dan orang munafik (Khawarij) demi menyesatkan umat Islam agar berpecah-belah dalam agama.

Rentetan itu, lahirlah pelbagai bentuk aliran dan fahaman politik. Antaranya golongan Rafidah (Syiah) dan Khawarij (anti khalifah). Masing-masing ingin mempertahankan pendapat dan pernahaman masing-masing dalam mentafsirkan al-Quran dan mentarjihkan hadis Rasulullah s.a.w.

Mereka juga telah melakukan pendustaan yang besar terhadap agama. Perbuatan ini bercanggah dengan apa yang dituntut oleh Islam. Hanya al-Quran dan sunnah dapat menetapkan sesuatu perkara dalam agama. Ijtihad yang sahih daripada salafussoleh dan para ulama amat digalakkan.

Sayangnya, anasir-anasir ini telah membawa umat Islam terpesong daripada ajaran yang benar. Mereka lebih mementingkan sesuatu yang tidak benar dengan mengadakan dakwaan-dakwaan dan hadis-hadis tentang pemimpin-pemimpin mereka.

Kemunculan hadis-hadis palsu belum mencapai kemuncak pada abad pertama dan kedua. Pemalsuan ini wujud untuk mengukuhkan kedudukan politik dan aliran masing-masing. Ketika itu, perkara bidaah dan khurafat tidak timbul kerana masih ada para ulama dan pemerintah yang mempertahankannya.

Tetapi, pemalsuan hadis dalam agama berlaku dengan meluas pada zaman tabi’in. Ini kerana, terdapat sebahagian individu yang kurang ilmu cuba mempertahankan fahaman dan aliran masing-masing. Mereka berani memalsukan hadis-hadis Rasulullah s.a.w tanpa kebenaran pemimpin mereka.

Perbuatan mereka membawa kesan yang mendalam kepada generasi umat Islam sekarang. Cuba perhatikan, betapa banyak perpecahan umat Islam yang bertopengkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 golongan. Semuanya akan dihumban ke neraka kecuali satu golongan sahaja yang dimasukkan ke syurga.

Mereka juga berhujah dengan al-Quran dan sunnah. Antaranya, Rafidah, Khawarij, Mu’tazilah, Murjiah, Qadariyah, Ibadiyah, Jahmiyyah, Asya’irah, al-Maturidiyah, Ja’fariyah, Qadyaniyah, Naqsyabandiyah dan sebagainya. Tetapi mereka masih berlawanan dengan syariat. Semua hujah mereka tertolak akibat pemalsuan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Melainkan satu golongan yang terdiri daripada mereka yang sentiasa menjunjung perintah ALLAH dan Rasulullah s.a.w dengan sumber yang sahih. Merekalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beruntunglah golongan yang menerima petunjuk ALLAH dan Rasulullah s.a.w serta mengamalkan sesuatu yang sahih dan tepat demi mempertahankan agama serta mendapat keredhaan ALLAH.


Sebab-sebab Pemalsuan Hadis.....klik tajuk untuk bacaan seterusnya

28 Ogos 2010


DI MANA ROH SELEPAS MATI?

My Photo
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Soalan; Di mana ruh ditempatkan selepas mati? Apakah ia mempunyai hubungan dengan jasad yang ditanam di bumi?

Jawapan;
Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya;

Pendapat pertama: Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi’ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154).

Pendapat kedua: Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama ‘Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.

Pendapat ketiga: Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh. Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain.

Pendapat keempat: Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm.

Pendapat kelima: Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi ke mana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik.

Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah;
· Ada ruh yang ditempatkan di ‘Illiyyin pada daerah yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi,
· Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak,
· Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga,
· Ada ruh yang ditempatkan di bumi,
· Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi,
· Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj).

Kesimpulannya, ruh-ruh tidak berada di satu tempat. Sebagai menegaskan pandangan beliau, Imam Ibnul-Qayyim menjelaskan; “Jka kita analisis serta hayati hadis-hadis atau riwayat tersebut, maka kita akan menyimpulkan bahawa tidak ada dalil-dalil soheh yang saling bertentangan antara satu sama lain. Inilah hujah yang benar dan dapat dijadikan pegangan”.

Hubungan ruh dengan jasad

Ruh-ruh selepas mati walaupun berada di tempat yang jauh (di syurga, di langit dan sebagainya mengikut pendapat-pendapat tadi), namun ia masih mempunyai hubungan secara langsung dengan kuburnya yang mengandungi jasadnya. Dengan adanya hubungan itu, ruh akan membalas salam orang yang datang berziarah ke kuburnya dan tidaklah mustahil bagi ruh itu untuk kembali ke jasadnya dalam waktu yang amat pantas dari tempat tinggalnya dengan izin Allah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorangpun yang melalui kubur saudaranya yang muslim yang dikenalinya di dunia, lalu ia memberi salam kepadanya melainkan akan dikembalikan ruh kepadanya sehingga ia dapat menjawab salam”.

Begitu juga dengan adanya hubungan itu, jasad akan turut merasai nikmat atau azab yang dikenakan ke atas ruh di alam barzakh. Kesimpulannya; di alam barzakh sekalipun ruh dengan jasad terpisah, namun hubungan antara keduanya masih ada.

Wallahu A’lam.

Rujukan;


1. Ar-Ruh, Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah.
2. Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154.
3. Aqidah al-Muslim, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.
4. Syarh Jauharah at-Tauhid, Imam al-Baijuri.

27 Ogos 2010

Pintu Langit dan Roh Jahat


 Kepercayaan kepada roh-roh orang mati yang masih tinggal di dunia sudah lama wujud. Antara mereka dikatakan jahat sebab yang empunya adalah orang-orang jahat. Roh-roh jahat mengacau manusia dengan, misalan, mendatangkan penyakit kepada manusia. Penyakit yang dikenakan lazimnya sukar diubati atau pelik.

Roh orang jahat dipercayai tidak diterima Allah selepas dia mati. Lalu ia hidup di kalangan masyrakat dengan berbuat jahat.

Orang-orang yang berpegang pada kepercayaan tersebut tentu telah diyakinkan dengan beberapa dalil. Satu daripadanya dikatakan daripada al-Qur'an. Ayat yang mereka guna untuk meyakinkan kepercayaan tersebut berbunyi,
"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berdosa." (7:40)
Mereka mengandaikan pintu-pintu lagit di situ adalah jalan untuk roh orang mati lalu sebelum sampai di tempat simpanan. Oleh kerana ditutup maka roh orang-orang jahat berkeliaran di bumi.

Ayat telah disalah tafsir lalu timbul ketakutan di kalangan masyarakat. Takut kepada roh orang mati, yang dipercayai boleh mendatangkan mudarat.

Dikatakan salah tafsir kerana didapati daripada ayat-ayat al-Qur'an lain pintu-pintu langit tidak bermaksud pembuka jalan atau lorong yang harus dilalui roh orang mati.

Ayat pertama diturunkan sebagai bukti kepada kesilapan tersebut ialah:
"Maka, apabila mereka melupakan apa yang mereka telah diperingatkan, Kami membukakan kepada mereka pintu-pintu segala sesuatu, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka diberi, Kami mengambil mereka dengan tiba-tiba; maka ketika itu, mereka adalah orang-orang yang berputus asa." (6:44)
Walaupun pintu-pintu di situ tidak disebut sebagai pintu-pintu langit namun ia dipetik kerana tidak ada pintu lain yang menurunkan pemberian daripada Allah selain pintu langit.

Pendapat disokong dengan ayat seterusnya, yang mengandungi perkataan pintu langit dengan nyata, berbunyi,
"Walaupun Kami membukakan kepada mereka sebuah pintu di langit, dan mereka terus naik ke dalamnya,
Tentu mereka berkata, 'Mata (penglihatan) kami telah dikaburkan; tidak, kami adalah kaum yang kena sihir!'
Kami meletakkan di langit gugusan bintang, dan menampakkannya indah bagi orang-orang yang memandang.
Dan menjaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.
Kecuali yang mendengar dengan mencuri, dan dia diikuti api yang nyata." (15:14-18)
Di sebalik pintu di langit itu kelihatan tersimpan pemberian-Nya dan juga rahsia-rahsia yang syaitan cuba mencuri dengan mendengar. Apapun pintu di langit itu tidak bermaksud jalan atau lorong dilalui roh orang mati.
 
Ayat mengandungi pintu langit yang akhir diturunkan di sini berbunyi,
"Lalu dia berseru kepada Pemeliharanya, 'Aku dikalahkan; tolonglah aku!'
Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah,
Dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.
Dan Kami membawa dia di atas yang dipapan, dan dipaku," (54:10-13)
Pintu-pintu langit dibuka kerana Nabi Nuh memohon pertolongan Allah. Setelah dibuka air mencurah turun ke bumi. Sekali lagi ia tidak bermaksud jalan dilalui roh orang mati.
 
Roh yang disebut-sebut setakat ini adalah nafs dalam bahasa Arab yang bermakna jiwa (sila lihat artikel KEMATIAN menurut ajaran al-Qur'an). Dalam kajian mengenai kematian jiwa tidak terdapat satu pun ayat yang menyebut ia akan melalui pintu langit untuk pergi ke tempat simpanan.
 
Malah yang disebut hanya barzakh (tembok) yang ada selepas kematian. Firman-Nya,
"Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku,
Supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang aku telah meninggalkan.' Tidak, ia hanyalah satu kata yang dia mengucapkan; dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan." (23:99-100)
Tembok yang diadakan Tuhan tentu tidak dapat dilintasi, sama ada dari luar atau dalam. Maka roh akan tidur di situ hingga hari kebangkitan. Ia tidak merayau-rayau di bumi.
 
Kembali kepada ayat yang dijadikan bukti oleh orang-orang yang mempercayai roh orang mati masih berlegar di dunia kerana pintu-pintu langit tidak dibuka untuknya. Ia diturunkan sekali lagi di sini:
"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berdosa." (7:40)
Pintu-pintu langit tidak dibuka kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, dan menyombongkan diri terhadapnya. Pada hemat kami ia bermaksud rahmat daripada Allah tidak akan diturunkan kepada mereka di dunia. Meraka mati sebagai orang-orang yang berdosa dan tidak akan masuk Taman (syurga) di akhirat kelak.
 
Oleh itu kepercayaan bahawa roh-roh orang berdosa merayau-rayau di bumi mengganggu orang-orang masih hidup kerana pintu-pintu lagit tidak dibuka untuk mereka melintasi adalah hanya cerita rekaan yang menakutkan. Hanya syaitan yang menakut-nakutan manusia sedemikian rupa.
(http://www.e-bacaan.com/)
 

Malam tadi di surau taman saya telah berlangsungnya program Taqarub ramadhan , dalam sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang diundang khas dari Majlis Agama Islam Melaka itu, beliau ada menyuruh supaya kita membuat persiapan yang terbaik untuk menyambut kepulangan roh keluaraga kita yang telah meninggal dunia , roh tersebut akan kembali menziarahi anak cucu atau saudara mara mereka pada setiap malam jumaat...........??

MALAS UNTUK SAYA MENGULASNYA.... CUKUPLAH SAYA KATAKAN IA ADALAH " BID'AH KHURAFAT DAN SESAT " IA LEBIH KEPADA KEPERCAYAAN AGAMA HINDU DAN BUDHA.....KEPADA PEMBACA SEMUA : RUJUKLAH ALIM ULAMA UNTUK KESAHIHAN AKIDAH ANDA. JANGANLAH ANDA HANYA BERPEGANG KEPADA BUKU KISAH-KISAH PARA WALI ATAU AHLI TAREKAT YANG ANDA BACA SAHAJA, KERANA DI DALAMNYA BANYAK RIWAYAT YANG TIDAK SAHIH
WALLAHU A'LAM

Sekadar rujukan sila baca petikan di bawah:

Amalan Bid'ah Bebankan Keluarga Hadapi Kematian


Oleh: Abdullah Bukhari Abdul Rahim 
(Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa UIAM)


Pengaruh kejahilan, adat serta faktor pemikiran sempit menyebabkan amalan salah berkaitan kematian berleluasa dalam masyarakat. Kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.


Budaya ini sebenarnya bertentangan sama sekali dengan roh Islam kerana Rasulullah SAW ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, Baginda bersabda: “Persiapkan makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)” –
Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.
Amalan di sesetengah tempat menyediakan makanan untuk orang yang menziarahi keluarga si mati dan menyediakan bayaran tertentu untuk solat jenazah dan membaca al-Quran adalah salah dan perlu ditentang. Amalan ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam.

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim. Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, Fiqh Manhaji yang berbunyi; “Daripada bidaah yang dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan yang memakannya” (jil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang mendoakannya”.– Hadis Riwayat Muslim. Hadith ini menggalakkan ahli keluarga si mati untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah sepanjang masa dan bukan hanya pada malam Jumaat atau malam tertentu saja.

Tidak kurang juga kepercayaan sesat sesetengah pihak mengatakan roh si mati akan pulang pada setiap malam Jumaat atau pada hari tertentu untuk mengharapkan sedekah amalan daripada keluarganya. Perlu diketahui persoalan roh adalah antara rahsia Allah yang tidak boleh disandarkan kepada logik akal (al-Isra’:85).


Dipetik dan diringkaskan dari Berita Harian Online 17/03/2007

26 Ogos 2010



1. Syirik   
2. Membunuh Manusia
3. Sihir 
4. Tinggal Sembahyang 
5. Tidak Mengeluarkan Zakat  
6. Tidak Berpuasa 
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan 
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa 
9. Memutuskan Silatulraham 
10.Berzina 
11.Homosex 
12.Memakan Riba 
13.Memakan Harta Anak Yatim 
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul 
15.Lari dari Medan Perang 
16.Sombong 
17.Saksi Palsu 
18.Meminum Arak 
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam 
20.Berjudi 
21.Menuduh orang baik melakukan Zina 
22.Menipu harta rampasan Perang 
23.Mencuri 
24.Merompak 
25.Sumpah Palsu 
26.Berlaku Zalim 
27.Pemungut cukai yang Zalim 
28.Makan dari kekayaan yang Haram 
29.Bunuh Diri 
30.Berbohong 
31.Hakim yang Tidak adil 
32.Rasuah 
33.Wanita yang menyerupai Lelaki 
34.Tidak Cemburu 
35.Cina Buta 
36.Tidak Suci Hadas kecil 
37.RIAK Mempamerkan Diri 
38.Ulamak Dunia (jahat) 
39.Khianat 
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian 
41.Mangingkari Takdir 
42.Mencari Kesalahan Orang lain 
43.Menabur Fitnah 
44.Mengutuk Umat Islam 
45.Mengingkari Janji   
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum 
47.Derhaka kepada Suami 
48.Gambar pada Baju 
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala 
50.Menggangu Orang lain 
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah 
52.Menggangu Tetangga   
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam   
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik   55.Melabuhkan Pakaian 
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas 
57.Hamba Lari dari Tuan 
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T 
59.Menjadi Pak Sanggup 
60.Berdebat dan Bermusuh 
61.Enggan Memberi Kelebihan Air 
62.Mengurangkan Timbangan 
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T 
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah 
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat 
67.Menguragi Wasiat 
68.Menipu
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain 
70.Mencela Nabi dan Sahabat

25 Ogos 2010

Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR)  yang baru dilantik ) dalam satu kenyataannya samada sedar atau tidak ataupun hanya mencari publisiti murahan telah berkata “hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan.”
Menurutnya lagi sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama, Nik Nazmi berkata, " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,"
Kenyataan jenis apa itu Nik Nazmi?
Dengan berkata demikian Nik Nazmi telah meletakkan Perlembagaan Persekutuan yang digubal dan ditinggalkan oleh penjajah British kepada kita lebih tinggi dari hukum Allah sendiri.
Nik Nazmi seorang yang berugama Islam telah mempertikaikan hukum Allah..

Siapakah beliau untuk menentukan samada hukum Allah itu sesuai atau tidak untuk dilaksanakan?

Sebagai seorang yang berugama Islam, yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah adakah kita ini layak mempertikaikan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pencipta kita sendiri?
Dipetik dari (http://darisungaiderhaka.blogspot.com/)

Antara doa Jibrail yang diamiinkan Rasullah saw
Perbuatan Nabi mengucapkan amin ketika menaiki mimbar ialah hadith di bawah yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib:
 



Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mata, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.” 

24 Ogos 2010

KEPERCAYAAN KARUT ORANG MELAYU

(http://drazwan.blogspot.com)

Assalamualaikum
Terlalu banyak kepercayaan-kepercayaan yang menjadi bualan dan buah mulut orang dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi tetapi sebenarnya kesasihannya tidak terbukti. Kepercayaan yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan adalah kepercayaan-kepercayaan tradisional terutama oleh masyarakat melayu. Kebanyakan kita memegang kepercayaan-kepercayaan ini seolah-olah seperti beriman kepadanya dan sukar diganggu gugat walaupun kebenarannya boleh dipertikai.
Mungkin ini adalah kerana kepercayaan ini disampaikan oleh ibu dan bapa kita, atau orang-orang tua yang seangkatan dengan mereka menjadikan ia suatu kefahaman yang dogmatik dan "mesti percaya" sebab mereka lebih "makan asam garam dahulu daripada kita". Saya tidak mengatakan kesemua kepercayaan-kepercayaan yang menjadi pegangan kita itu salah. Ada yang mungkin benar dan mempunyai penjelasan yang logik dan saintifik berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka. Tetapi yang menyedihkannya ialah terdapat kepercayaan tertentu yang menjadi amalan kita tidak selari dengan bukan sahaja sains tetapi juga agama Islam yang kita anuti.
Terdapat juga kepercayaan yang tidak beberapa karut atau tahyul malah ia adalah kepercayaan yang saintifik tetapi tidak betul. Kepercayaan saintifik ini meniti dari mulut ke mulut sehingga ia menjadi seolah olah betul. Peliknya yang saya lihat ia cuma berlaku pada masyarakat melayu sahaja.

Di antara kepercayaan karut masyarakat melayu :-

1-URI

Uri atau placenta adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Uri dikeluarkan selepas bayi dilahirkan dan masyarakat melayu Islam menanam uri-uri ini kebiasaannya di hadapan rumah. Kalau tanam jauh-jauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang jauh juga. Terdapat kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan baru lahir di tanam bersama senduk dan sudu menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai memasak. Saya pernah bertanya kepada mak saya berkenaan dengan uri saya dahulu, dia kata uri saya ditanam dengan buku dan pensel... tu sebab saya jadi doktor.. hehehe....
Ada juga uri yang dicuci dengan bersih dan diletakkan garam, kemudian diletakkan paku-paku dan sebagainya. Walaupun ada sesetengan orang tua berkata, perkara ini menjadikan anak lelaki mereka pandai bertukang tetapi ia ada kewajarannya.
Secara logiknya, dengan cara ini uri yang bersih boleh mengurangkan bau hanyir darah dan garam boleh mengurangkan bakteria sekaligus mengurangkan juga bau busuk. Ini boleh menghindarkan anjing-anjing dan binatang buas daripada mengorek dan mendekati kawasan uri yang baru ditanam. Paku dan barang tajam di sekeliling uri juga boleh menyebabkan anjing dan binatang buas hilang selera.


2-TANGKAL

Adakalanya, kanak-kanak yang datang ke klinik memakai tali kuning atau tali hitam yang diikat di pinggang. Ada yang memakai tali di pergelangan tangan. Ini semua dipanggil tangkal dan ulamak berpendapat tangkal hukumnya haram dipakai kerana dikhuatiri menyebabkan syirik. Bila saya tanya kepada ibu bapa yang masih muda ini kenapa pakai tangkal, jawapannya ialah orang tua yang suruh. Kemungkinan perkara ini lumrah suatu waktu dahulu. Namun sekarang dengan adanya ilmuwan Malaysia yang ramai di dalam bidang agama, program agama spt forum hal ehwal Islam dan sebagainya, kepercayaan mengenai tangkal harus dibuang jauh-jauh dari kotak kepala kita. Sebenarnya kepercayaan kepada kuasa tangkal ini lebih banyak pada agama hindu dan buddha kerana pesakit kanak2 dari keturunan India dan cina rata-rata memakai tangkal yang serupa.


3-PENYAKIT ANEH ATAU BUATAN ORANG

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan aktres kita yang terkenal iaitu Azean Irdawaty yang mengalami kanser payudara. Mengikut ceritanya, aktres ini telah mengesan ketulan pada payudaranya beberapa tahun yang lepas. Namun beliau telah berjumpa dengan seorang bomoh. Bomoh ini menyatakan bahawa beliau telah terkena satu penyakit ganjil. Selepas itu tiada rawatan susulan dibuat.




Penyakit ganjil dan penyakit buatan orang ini juga sudah sebati dengan masyarakat kita. Bukan hendak menafikan wujudnya ilmu hitam di dalam masyarakat kita, tetapi kadang-kadang ia mengelabui pemikiran dan kewarasan kita di dalam bertindak.


Jikalau ada kedai melayu yang perniagaannya merosot pasti ia buatan orang. Jikalau ada lelaki bujang yang kahwin dengan janda... jaga-jaga.. pasti lelaki bujang tuh dah kena jampi mak ayah perempuan janda atau jampi perempuan itu sendiri.
Saya pernah berjumpa seorang pesakit kanser payudara. Beliau bukan calang-calang orang. Beliau lulusan Universiti Canada, dengan bahasa inggerisnya yang fasih. Namun sayangnya, ketika didiagnosed penyakit kanser payudara stage awal, beliau telah pergi berubat di kampung kerana diberitahu ia buatan orang. Sehingga kanser di payudaranya berulat (ye.. boleh nampak ulat).. maka barulah beliau ke hospital.. tapi sayangnya kanser tersebut sudah parah. Beliau meninggal selepas 2 bulan di Hospital. Kesian melihatnya menderita kesakitan setiap hari.


4-SANTAU

Orang melayu ni memang suka main santau. Ada sahaja yang kena batuk darah. Orang cerita batuk darah dan muntah darah sampai keluar paku dan kaca. Kalau depan mata kepala kita nampak betul-betul objek tu... memang betul-betul santau. Tapi kalau setakat batuk darah, tak nampak apa objek yang terkeluar... adakah ia santau? Atau sebenarnya mungkin Tuberculosis atau batuk kering? Atau mungkin juga Kanser Paru-paru sebab merokok terlampau banyak? Jangan buat kesimpulan awal sehinggakan sebab-sebab yang lebih patut difikirkan tidak kita fikirkan.


5-BIBIR SUMBING DAN LELANGIT TERBELAH

Semasa di Jabatan Pembedahan Plastik di HKL, Cleft Lip atau Cleft Palate (Kesumbingan Bibir dan Lelangit) ini merupakan masalah kecacatan sejak lahir yang paling popular di sini. Semenjak lahir sehingga pesakit dewasa, rawatan susulan demi susulan diberikan. Bibir sumbing atau lelangit terbelah berlaku disebabkan otot bibir atau otot lelangit tidak bercantum pada tempat yang sepatutnya ketika proses janin berkembang. Faktor-faktor yang menyebabkan termasuk keturunan, mengambil ubat yang tertentu ketika mengandung, jangkitan, radiasi dan sebagainya.

Kepercayaan karut orang melayu bahawa bibir sumbing disebabkan kerana mulut ikan tersangkut pada mata kail yang dipancing ketika isteri sedang mengandung adalah sesuatu yang salah. Malah, ada juga yang menyalahkan ibu yang melahirkan.

"Tu lah kau, masa mengandung kau menyiang ikan.. tak hati-hati... kan anak kau dah cacat"...

Kesian kat ibunya. Sudahlah dapat anak cacat. Dituduh pula penyebab kecacatan anaknya. Mana ibu yang nakkan anaknya menjadi cacat. Sepatutnya kita memberi sokongan moral kepada ibu yang mendapat anak yang seperti ini. Lagipun penyakit ini boleh dirawat dengan pembedahan oleh pakar-pakar bedah plastik.


KENAN
Banyak sungguh jenis-jenis kenan di Malaysia. Kenan monyet, kenan gajah, kenan Ular, kenan burung dan macam-macam lagi. Kita mempercayai bahawa binatang-binatang mampu menyebabkan kecederaan kepada manusia di dalam proses kejadian manusia. Nak disedapkan cerita, dikatakan pula bahawa binatang yang di kenan kepada anak-anak yang lahir itu telah dizalimi oleh ibu-bapanya. Kalau benda ini benar-benar wujud di dalam Islam maka pasti banyak hadis-hadis atau ayat Qur'an yang menceritakan tentang kenan.

Mengikut Professor saya di UIA, kenan ini sebenarnya budaya masyarakat Animisme yang masih wujud di dalam amalan-amalan kita sehari-harian. Ia telah membudayakan pemikiran kita agar takut kepada kekuasaan luar biasa haiwan. Islam telah meletakkan pemikiran kita lebih baik daripada penyembah haiwan.


MAKAN IKAN KERING SELEPAS BERSALIN

Berehat selepas bersalin amat dituntut. Ia amat perlu untuk mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum mengandung. Proses pemulihan ini memerlukan masa yang panjang dan juga sumber nutrien yang berkhasiat dari pemakanan yang seimbang. Tisu-tisu yang luka memerlukan protein yang cukup dari makanan. Bayi yang baru lahir juga memerlukan susu ibu. Penghasilan susu ibu yang cukup lengkap khasiatnya tentulah dihasilkan daripada pemakanan ibu yang baik dan air yang cukup.

Kepercayaan orang-orang tua di dalam mengawal makanan dan air dengan begitu ketat kepada ibu-ibu selepas bersalin adalah berlawanan daripada objektif yang telah saya sebutkan. Pemulihan tubuh tidak akan berhasil sekiranya kita makan jamu tradisional sahaja. Sekiranya makan ikan kering dengan nasi putih dan air setengah gelas, tiada sumber protein yang mencukupi untuk pemulihan badan.

Kemudian, tidak boleh pula makan buah-buahan kerana sejuk dan sebagainya. Air pula minum sedikit. Maka selepas itu masalah sembelit pula timbul sebab kurang makan makanan berserat dan kurang air. Kesian orang yang bersalin, dah lah luka sana luka sini, makan pun ikan kering, air kena catu, kena sembelit pulak tu. Bukan kesian pada ibu sahaja, yang anak juga menjadi mangsa. Kerana kurang air dan makanan berkhasiat, susu pun kurang terhasil. Maka anak pun terkena tempiasnya, terpaksa minum susu lembu.

Saya ada menulispanjang di dalam artikel sebelum ini iaitu susu ibu vs susu lembu. Sila rujuk artikel tersebut di artikel pilihan saya.


DI ANTARA KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN LAIN

Tak semestinya kepercayaan-kepercayaan di kalangan melayu itu karut-karut. Ada yang "macam" saintifik, tetapi tak betul pun. Kepercayaan-kepercayaan ini bukan sahaja menyusahkan doktor kadangkalanya tetapi menyusahkan yang empunya badan. Antaranya:-

1. Kalau mengandung dan makan multivitamin, nanti anak jadi besar. Akhirnya kena bersalin melalui pembedahan. Jadi tak nak makan multivitamin masa mengandung.

2. Kalau anak-anak makan makanan yang masam macam epal atau limau nanti otak anak jadi lembab dan pelupa.

3. Kalau makan kicap atau minum kopi masa mengandung, anak jadi gelap. Sebaliknya kalau minum air kacang soya selalu nanti anak jadi putih.

4. Makan ais dan aiskrim boleh buat anak jadi demam (walaupun begitu memakan aiskrim atau gula2 berlebihan boleh merosakkan gigi anak dan mak ayah kepada anak. Ais kadangkala boleh menyebabkan batuk kepada pengidap asthma)

5. Kalau anak demam, kena pakai baju tebal-tebal. "Anak saya sejuk doktor", jawab ayah. Tapi kalau sejuk takkan suhunya mencecah 40 darjah?. Mana lagi sejuk.. 37 darjah atau 40 darjah? Kalau pakai baju lagi tebal, suhu anak semakin meningkat dan boleh menyebabkan sawan demam. Buka baju anak dan basahkan dengan air suam aatau air paip. Air ais tidak digalakkan kerana dikhuatiri menyebabkan hypothermia (suhu terlampau rendah).

6. Kalau anak kecil kalau tak pakai barut nanti masuk angun perutnya.

7. Ibu yang ada asthma boleh menjangkiti anaknya melalui susu ibu. Atau kepercayaan asthma boleh berjangkit.

8. Kalau kaki terseliuh tak diurut nanti akan masuk angin. Jadi pesakit jumpa saya selepas terseliuh akan bertanya, boleh urut tak doktor. Bengkak kaki selepas terseliuh bukan sebab masuk angin tetapi proses kerandangan (inflamasi). Tisu membengkak adalah biasa selepas apa-apa injury. Malah kalau urut lagi bertambah bengkak.

9. Kaki yang patah boleh baik jika pergi tukang urut atau bomoh patah?. Ada sesetengah patah yang tak mungkin boleh diluruskan tanpa penggunaan simen. Terutama kalau patah cara "spiral" atau patah riuk. Jika patah itu cuma dislocation sahaja, maka memang boleh menggunakan teknik manual (kira urutlah kalau ikut org melayu). Saya pernah ke Indonesia, diceritakan, ketika itu zaman gawat di sana. Mereka kekurangan wang, jadi bomoh menjadi pilihan utama untuk merawat patah ketika kemalangan (Ya,bomoh patah ada juga diIndonesia). Dan beberapa bulan dan tahun selepas itu, ramai pesakit-pesakit yang berjumpa bomoh kembali ke hospital kerana kaki sebelah pendek, tempang yang teruk sehingga ada yang tak boleh berjalan.
10. Mengambil air tulang belakang boleh menyebabkan lumpuh. Ini kena dihuraikan dengan panjang lebar. Ia tersebar di kalangan masyarakat melayu sehinggakan terkeluar perkataan "Biar anak saya mati, jangan ambil air tulang belakang dia"... pergh.. terjadi kat diri saya masa saya houseman dulu. Ini kena ada satu lagi artikel yang boleh ditulis... kalau saya rajin... hehe.

Tapi tuan puan, orang cina ngan india kat Malaysia ni pun masuk hospital ambik air tulang belakang jugak, orang putih kat england tu, kat US pun masuk hospital ambik air tulang belakang gak... takder pulah dengar jadi lumpuh.. jadi gila... orang melayu kita ni jelah allergik sket pasal air tulang belakang nih. Ini kita cerita lain kali.

11. Kalau anak baru lahir kena kuning, minum susu kambing. Ini pun saya akan buat satu artikel lagi nanti. Maaf ye penjual susu kambing.

Saya mendapati masyarakat melayu lebih percaya kepada sanak saudara atau ipar duai daripada doktor atau pakar perubatan. Ini adalah kerana kelemahan bangsa kita di dalam kajian-kajian dan pembacaan bahan-bahan saintifik. Kadangkala, sejak kecil lagi kita diterapkan dengan benda-benda tahyul. Kebanyakan ibu-bapa melayu mengklasifikasi anak-anak yang bertanya dan tidak bersetuju dengan cara dan budaya tahyul ini dianggap melawan cakap orang tua dan menderhaka.

Saya hairan, adakah tuan-tuan akan menghantar kereta yang rosak ke Chef Farid untuk bertanya resepi macamana nak betulkan enjin. Atau anda suka bertanya bagaimana nak masak roti perancis kepada mekanik belakang rumah anda. Wajarkah anda bertanya adakah sesuai makan ubat multivitamin ketika mengandung kepada saudara mara anda dan bukan doktor? Fikir-fikirkan.

22 Ogos 2010

Soal jawab ibadat puasa


1 Soalan: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas
waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan: Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari
dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut. 

2 Soalan: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit.
Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan: Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan
dahaga. 

 klik tajuk untuk soalan seterusnya

21 Ogos 2010

Gambar rumah Rasulullah di Mekah

Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda, antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan dilihat lebih dekat.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Pintu masuk ke bilik Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah AS
Gambar rumah Rasulullah SAW
Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar kedudukan rumah Nabi Muhammad SAW dari google earth.(http://www.isuhangat.net/)

20 Ogos 2010

19 Ogos 2010





Mamat ni tgh kejar dhob..





Sembelih...


potong kepala...


Kulit dia kasi siat jer mcm kambing... hehehe


ni la caranya...





Siap disiang..


Mcm katak pun yer jugak ek... hehehe....


Telur serta isi perut dia...


Basuh dulu...


Sedia untuk dimasak...


Masukan kedalam kuah kari...


Masak bersama nasi beriani..


Sedia untuk hidangan..


Perahkan limau .. perghhh.. lapar plak rasanya...


Jom kita makan... sedapnya.... !!!!!

;;