07 Ogos 2010



Tazkirah pagi sabtu..Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dan lampunya

Diceritakan bahawa pada suatu malam datanglah seorang tetamu kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz. waktu itu beliau sedang menulis. Lampunya hampir sahaja terpadam. tetamu itu kemudian berkata : " Biarlah saya yang memperbaiki lampu itu, ya amirul mukminin". Beliau menjawab : "Ah, jangan, tidak baik seseorang menganggap tetamunya itu sebagai pelayannya".
Itu bukan termasuk suatu sifat yang mulia.". Tatemu itu berkata lagi: "Kalau begitu ,biarlah saya bangunkan pelayan sahaja?". Beliau menjawab pula: "Ah ,Jangan ia baru sahaja tidur, agaknya sejak tadi belum merasakan nikmat bantalnya". Selanjutnya tetamu itu menceritakan bahawa beliau sendiri mengisikan minyak dalam lampunya itu. Ia berkata: "Wahai apakah tuan sendiri yang membetulkan lampu itu, ya Amirul mukminin" .
Beliau lalu menjawab: "Mengapa tidak, kalau saya pergi, saya pun tetap Umar, kalau saya kembali, saya pun tetap Umar juga. Tidak akan berkurangan sesuatu pun dari diriku dengan apa yang aku lakukan tadi, bukan. Selamanya pun saya tetap Umar". Memang, sebaik-baik manusia ialah orang yang tawaduk di sisi Allah SWT.

0 Comments:

Post a Comment