Betulkah kita seorang muslim yang sejati?.. sedangkan kita tidak merasa apa-apa terhadap pembunuhan dan penyeksaan yang sedang berlaku keatas saudara kita seislam di bumi Palaestin...INGATLAH: Nabi Muhammad saw tidak akan mengaku anda sebagai salah seorang daripada umatnya jika anda tidak memperdulikan saudara anda seislam yang lain walaupun di mana sahaja mereka berada....berilah sumbangan apa sahaja untuk rakyat dan pejuang islam di Palestin
Israel bunuh pejuang Hamas
SEJUMLAH penduduk Palestin mengusung jenazah Iyad Abu Shilbaya di kem pelarian Nur Shams dekat Tulkarem, Tebing Barat semalam.
BAITULMUQADDIS - Askar-askar Israel membunuh seorang pejuang kumpulan Hamas dalam satu serbuan di Tebing Barat semalam ketika keganasan meningkat sejak permulaan rundingan damai baru Asia Barat pada bulan ini.
Tentera Israel berkata, beberapa askarnya cuba menangkap pejuang tersebut, Iyad Abu Shilbaya, 37, awal pagi semalam di bandar Tulkarem apabila dia menyerbu ke arah mereka dan enggan berhenti.
Namun, saudara lelakinya, Moetasim Abu Shilbaya berkata, askar-askar Israel menyerbu masuk ke rumah Iyad sekitar pukul 3 pagi dan membunuh lelaki itu di dalam bilik tidurnya.
Abu Shilbaya menyifatkan kematian saudaranya sebagai satu pembunuhan terancang.
Jelasnya, Iyad adalah seorang aktivis politik Hamas dan bukan militan bersenjata seperti yang didakwa rejim Zionis. - AP