Surah Al-Israa. ayat 72.
dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga akan buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalanNya.
Gambar di atas: Seorang lelaki India BUTA di pekan Masjid Tanah Melaka yang bekerja sebagai tukang urut kaki, hati saya betul-betul tersentuh apabila melihat perbuatan baik lelaki buta ini, iaitu apabila dia terpijak tin minuman kosong yang dibuang merata-rata oleh si CELIK, lalu dia tunduk meraba-raba mencari semula tin tersebut, dan setelah ditemuinya dia telah memijak kemet dan membuang semula tin itu jauh-jauh agar tidak menganggu orang ramai yang lalu-lalang di situ .
SUBHANALLAH...HANYA ITU YANG MAMPU SAYA UCAPKAN