Hadis muttafaqun alaih: Dari Ata bin Abi Ribah katanya: Berkata kepadaku Ibnu Abbas ra "Sukakah engkau ku beritahukan kepada mu seorang perempuan ahli syurga ?". kata ku 'ya'. Katanya : "Itulah dia perempuan hitam yang telah datang berkata kepada Nabi Muhammad saw : "Sesungguhnya saya kena penyakit sawan babi dan saya minta dipulihkan, doakanlah saya kehadrat Allah SWT ". jawab beliau : "Jika engkau mahu bersabarlah. dan untuk mu syurga, dan kalau tidak ku doakan kehadrat Allah SWT supaya penyakit engkau sembuh ". Kata perempuan itu : " Saya memilih untuk bersabar". kemudian katanya lagi :" Setiapa kali saya terkena sawan babi selalunya aurat saya terdedah, maka doakanlah kepada Allah supaya aurat saya tidak terdedah lagi selepas ini ". maka Rasulullah saw pun mendoakan baginya. | |||||||||
Prihatin Terhadap Pesakit Epilepsy...atau Sawan dalam Melayu Ramai rakyat Malaysia yang begitu takut pada mereka yang menghidap penyakit misteri ini.Epilepsi atau lebih dikenali dikalangan orang melayu sebagai sawan atau sawan babi bukanlah satu penyakit yang berbahaya..malah ia tidak akan berjangkit. Pengalaman menghadapi orang yang mempunyai epilepsi telah membuatkan persepsi saya terhadap pesakit ini berubah. Perasaan simpati dan sedih kerap melanda diri ini apabila mengenang individu yang menghadapi penyakit ini. Mereka secara zahir kelihatan seperti kita yang normal malah berpakaian seperti kita semua, namun apabila penyakit ini menyerang..mereka akan berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Ini diketahui berpunca daripada gangguan cetusan yang berlaku di dalam otak pesakit. Pesakit akan kembali normal setelah cetusan ini berakhir..dan ia akan tamat dalam masa yang amat singkat.Sawan babi pula adalah epilepsi yang mengeluarkan buih di mulut. Namun ia sebenarnya bukanlah buih yang yang disebabkan oleh epilepsi ini. Buih terjadi disebabkan saluran pernafasan pesakit tersumbat dengan air liur pesakit yang keluar disebabkan pesakit tidak sedarkan diri.( Jadi jangan anda geli untuk menolong pesakit..kerana air liur ini tidak membawa sebarang virus epilepsy ## ingat epilepsi bukan disebabkan virus!!). Di negara barat umumnya, dan khasnya Amerika Syarikat ..pesakit ini diberi sokongan kuat oleh masyarakat..dan mereka dianggap sebagai individu yang normal. Oleh itu kita sebagai warga Malaysia perlu mengubah mentaliti yang mengatakan pesakit epilepsi ini berbahaya dan memandang rendah terhadap pesakit2 epilepsi. Saya sebagai rakyat Malaysia ..ingin mengajak semua warga Malaya bayangkan pesakit misteri ini dihidapi oleh mereka yang kita sayangi..apa yang kita rasa?..Sedih bukan ( http://taufico.fotopages.com/) |