05 Oktober 2010


Saya mahu membina sebuah gua di belakang rumah saya untuk saya bertapa. Gua peribadi saya itu nanti akan saya lengkapi dengan pelbagai perlatan elektronik tercanggih dan terkini, seperti komputer, talian talefon dan internet, aircond, sudut ilmu, sudut ibadat dan saya juga akan menggalikan sebuah kubur di dalamnya untuk saya bertafakur dan muhasabah diri.
Antara aktiviti yang akan saya lakukan di dalam gua saya itu nanti ialah:
1- Membaca dan menghafaz al-Quran
2- Menghafaz hadis-hadis terpilih
3-Berzikir, bermunajat dan muhasabah diri
4- Mengarang kitab atau buku ilmiah
5- Melayari internet dan mengurus blog
6- Membuat rakaman kuliah untuk program kuliah online
7- Membaca kitab-kitab ilmiah yang telah saya beli dan masih belum terbaca hingga ke hari ini.
( Tolong..Jangan senyum dan sengeh yang bukan-bukan terhadap imaginasi pelik saya ini)

0 Comments:

Post a Comment