main |
sidebar
Surah Taahaa:
(124.) "Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".
(125.) ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?"
Nikmat membaca al-quran yang pernah saya alami
1- Dengan memahami bahasa arab maka kita akan syahdu, gentar, bersemangat dan sebagainya ketika sedang membaca al-quran.
2- Semasa menjadi imam solat, selalunya saya membaca al-quran besar di hadapan, ada kalanya bacaan saya terhenti untuk menahan air mata yang mengalir dan kesyahduan yang menusuk jiwa.
3- Saya merasakan ilmu saya berubah dan bertambah setiap hari,kerana saya selalunya akan mendapat ilham baru daripada setiap ayat al-quran yang sedang saya baca
AllahhuAkbar..nikmat yang maha hebat ini tidak akan dirasai kecuali oleh sesiapa yang betul-betul bersusaha untuk mendapatkannya...berusahalah kalian untuk memahami bahasa al-quran.
4- Jiwa yang resah akan hilang dengan membaca al-quran.
5- Ketika berpuasa kita akan merasa kuat dan bertenaga dengan membaca al-quran ( bacaan perlahan)
6- Bila berlaku sesuatu isu dalam masyarakat atau negara, kita awal-awal lagi dah tahu punca dan penyelesaiannya.
Banyak lagi hikmah membaca al-quran.bacalah ia dan rasailah nikmatnya yang berbagai-bagai.
0 Comments:
Post a Comment