12 Oktober 2010

Tuhan kejutkan saya lagi


Sebelum tidur saya selalu berpesan kepada Allah SWT agar Dia kejutkan saya untuk bangun malam bagi mengerjakan solat Tahajjud. Jika saya terlumpa untuk kunci jam, maka Allah SWT pasti akan kejutkan saya dengan pelbagai cara. Pernah sekali sebelum ini Allah SWT telah mengutuskan seorang lelaki berjubah puteh datang ke tempat tidur saya lalu dia memberi salam dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan saya, saya membalas salamnya dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya...tetapi sebaik sahaja saya menghulurkan tangan ,maka lelaki tersebut ghaib dan hanya tangan saya terjulur. Pada pagi ini lebih kurang jam 4.20 pagi perkara yang sama berulang lagi dalam hidup saya..Alhamdulillah




Surah Al-Haj :ayat18.
Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya

0 Comments:

Post a Comment