13 Disember 2010

Mesir adalah Bumi ambiya', Pusat ilmu dan Bapa sekular tegar di benua Afrika utara. Kezaliman pemerintahannya terhadap pejuang Islam terutamanya Ikhwan Muslimin dan Jihad Islam  serta terhadap orang awamnya adalah sama dengan kezaliman Yahudi terhadap umat Islam Palestin. Dalam PRU yang lepas mereka melakukan perbagai sekatan dan tipu helah semasa proses pemilihan, dan ianya telah berjaya menyebabkan Ikhwan Muslimin tidak mendapat sebarang kerusi dalam Parliman , sedangkan sebelumnya Ikhwan Muslimin mempuyai lebih daripada 80 wakil di Parliman Mesir.[ baca di sini]


SEBUAT bot nelayan berada di Sungai Nil semasa ribut pasir melanda Kaherah, Mesir semalam.



KAHERAH - [ Kosmo]Ribut pasir, angin kencang dan hujan lebat yang melanda seluruh Mesir semalam menyebabkan beberapa buah pelabuhan ditutup, mengganggu trafik di Terusan Suez selain mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah kilang runtuh di bandar Alexandria.
Lima orang juga dilaporkan cedera parah dalam insiden sama yang melibatkan sebuah kilang tekstil.
Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk membantu ramai pekerja kilang.
Beberapa pegawai memberitahu, 30 orang pekerja mungkin melakukan kerja-kerja menyelamat di bangunan enam tingkat itu.


[Sadis, Polisi Mesir Pukul Orang Sampai Mati]

Sebanyak 26 buah kapal tidak dibenarkan masuk ke Terusan Suez manakala perjalanan 29 buah kapal lagi terpaksa ditangguhkan selama tiga jam.
Laluan yang menghubungi antara Laut Mediterranean dan Laut Merah itu terjejas ekoran tahap penglihatan yang terhad dan angin kencang mencecah 40 knot.
Pegawai-pegawai meteorologi meramalkan cuaca buruk itu akan berlanjutan sehingga hari ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah.
Sementara itu, di Ashdod, Israel, sebuah kapal kargo dari Moldova, karam akibat cuaca buruk.
Namun, 11 orang anak kapal warga Ukraine berjaya diselamatkan, kata seorang pegawai maritim Israel. - Agensi

0 Comments:

Post a Comment