16 Disember 2010

Kisah mumia Firaun dan tahi unta si Badwi

1-Kisah Badwi dan tahi untanya

Cara seorang Badwi padang pasir mengajar sekumpulan ulamak mengenal Allah.

Satu ketika sebarisan para ulamak dan orang ramai sedang duduk-duduk bercerita mengenai 99 dalil kewujudan Allah SWT, lalu datanglah seorang Badwi ke majlis tersebut. Setelah dia duduk-duduk dan mendengar beberapa ketika tentang perbincangan para ulamak itu mengenai Allah SWT, lalu dia bangun dan berkata : " Kamu semua tak usahlah melalut yang bukan-bukan tentang Allah SWT. Untuk mengenal Allah bukanlah sesuatu yang susah, cukuplah bagi kamu semua hanya dengan melihat tahi unta dan kesan tapak kaki untaku ini.  Tidakkah dengan adanya tahi unta, maknanya ada unta yang berak di situ, dan jika ada kesan tapak kaki unta di atas tanah, maknanya ada juga unta yang lalu di situ. Begitulah alam yang cantik dan indah ini tentu ada yang menciptakannya, mustahil semuanya terjadi dengan sendiri ".

[Cerita asal dalam bahasa arab, berlaku sedikit pengubah suaian untuk memudahkan pembaca faham]



2-[Mumia Firaun bukti kebenaran Al-Quran]

Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian...Baca seterusnya di [ Mumia temukan Dr. Maurice dengan Islam..utusan]

[ Dr. Yahya Maurice Bucaille ]


0 Comments:

Post a Comment