09 Disember 2010

Kepuasan yang tiada tandingannya


Alhamdulillah tepat jam 4.00 pagi ini saya dengan izin Allah SWT telah dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran BESAR dalam solat Tahajjud bagi tahun ini untuk kali ke hanya Allah yang tahu. 

Pembaca yang budiman...Dengan ikhlas saya mengesyorkan kepada kalian "Belilah al-Quran besar, bacalah ia di dalam solat malam mu ". Jika sekali kamu memulakannya pasti kamu tidak akan sanggup untuk berpisah dengannya buat selama-lamanya.  

Membaca al-Quran BESAR di hadapan semasa solat malam adalah sesuatu kepuasan dan keseronokkan yang tak terkata, keseronokkan keasyikkan dan ketenangan yang datang daripadanya tidak dapat diceritakan dengan huraian kata-kata atau ditulis di atas helaian kertas atau paparan komputer. Cubalah kalian lakukannya sendiri dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT..Jika sekali kalian dapat menitiskan air mata semasa membaca al-quran di dalam solat malam, maka titisan air mata itu akan memberi ketenangan dalam hidup kalian berhari-hari lamanya. 

Dari segi fadhilat atau kelebihan membaca al-quran dan solat malam tak perlulah lagi saya catatkan lagi di sini, cukuplah dengan apa yang  kalian telah sedia mengetahuinya, tetapi cubalah kalian mencari suatu kelainan dalam hidup ini dengan berusaha untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT, semoga dengan itu saudara sekalian akan dapat mencapai kemuncak ketenangan dan kepuasan yang hakiki.

Renunglah kata-kata Salafus Salleh :
"Jika tiada malam, maka aku tak mahu hidup di dunia ini lagi "

(Ini adalah catatan dakwah yang ikhlas..ianya bukan masuk bakul angkat sendiri..semoga kalian mencontohi apa yang baik..Wallahu a'lam)

0 Comments:

Post a Comment