28 Disember 2010

Laser Weapons dan Jihad sukan

 


Di dalam dunia akhir zaman ini apabila manusia semakin jauh daripada agama Allah SWT maka mereka akan mencari dan menjadikan sesuatu yang lain selain daripada agama Allah SWT sebagai sumber inspirasi dalam hidup mereka, di antara  pilihan mereka sebagai sumber inspirasi adalah nyanyian dan sukan. Bagi para remaja hiburan atau nyanyian adalah perkara wajib dalam hidup mereka. Manakala bagi kaum lelaki dan orang dewasa pula sukan adalah segala-galanya bagi mereka, ianya seolah-olah menyamai kedudukkan jihad dan peperangan dalam Islam. Dengan itu bila berlaku perlawanan bola sepak atau lain-lain sukan antara dua negara maka ianya seolah-olah sedang berlaku peperangan atau jihad suci bagi mereka. Kedua-dua negara menjadikan suasana seolah-olah mereka berada dalam peperangan yang sebenar, dengan itu kepada para mujahid sukan inilah diletakkan setinggi-tinggi harapan untuk menjulang dan mempertahankan maruah negara masing-masing...........

..belum tamat solat subuh dahulu

Pekung laser Indonesia terdedah


SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.



KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.
Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu
"Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya.
Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.
"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.


 

0 Comments:

Post a Comment