B=buat O=orang L= lupa A=Allah
G=golongan O=orang L=lalai
[ semalam sayapun termasuk GOL, saya telah tidak pergi mengimami solat isyak berjemaah di surau kerana tak sabau nak tengok BOLA ]
Gollll....Di Sana Sini [ pulakdah]
KUANTAN
KUANTAN, 29 Dis -- GOL!!!... Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua kiri) bersama anggota keluarga bersorak kegirangan walaupun hanya menyaksikan menerusi televisyen, ketika pasukan negara menjaringkan gol pada kejohanan Piala Suzuki AFF. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2 Indonesia.
SORAK ... Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) memeluk anggota keluarga meraikan kemenangan pasukan Malaysia ketika menyaksikan perlawanan akhir pusingan kedua Malaysia menentang pasukan Indonesia pada kejohanan Piala Suzuki AFF.
PUTRAJAYA
PUTRAJAYA, 29 Dis -- Penonton menyalakan bunga api ketika meraikan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia yang menjuarai Piala AFF Suzuki menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia, ketika di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Kira-kira 10 ribu penonton tempatan yang membanjiri dataran itu menonton kejayaan pasukan Malaysia.
Orang ramai bersorak kegembiraan di saat pasukan negara menjaringkan gol walaupun hanya menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki antara Malaysia bertemu Indonesia di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia menerusi skrin besar di Dataran Putrajaya.
NILAI
NILAI, 29 Dis -- SOKONGAN PADU...Penduduk Kampong Kubang bersorak kegembiraan sewaktu menyaksikan pasukan negara menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menerusi skrin besar yang disediakan di halaman sebuah rumah penduduk di sini malam ini.
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 29 Dis -- GOL!!!... Orang ramai bersorak kegembiraan di saat pasukan negara menjaringkan gol walaupun hanya menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki antara Malaysia bertemu Indonesia di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia menerusi skrin besar di Dataran Merdeka di sini, malam ini.
SEMANGAT BERPASUKAN... Orang ramai bersama-sama menyaksikan secara langsung menerusi skrin televisen perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia bertemu Indonesia di Stadium Bung Karno, Jakarta ketika tinjauan di Dataran Merdeka.
SHAH ALAM
SHAH ALAM, 29 Dis -- Penyokong bola sepak "Ultras Malaya" turut bersemangat walaupun hanya menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki menentang Indonesia menerusi televisyen di sebuah restoran di Seksyen 7 .
Sumber : Bernama